Fakta Menarik Yang Tak Di ketahui Ramai------------ --------- ---
1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang
menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.
5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.
6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.
8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah' flutterby' ..
9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.
10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan
ketika anda menggunakan flush tandas.
11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.
12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.
17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.
21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.
22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk -
penduduknya.
24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali
dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)
27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang
fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik
minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.