From where I started to where I am today The journey has been long & tiring from nothing to some thing I am today It’s not been an easy journey.
Thursday, February 14, 2008
Wanita Mengumpat Sukar Di kapan
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja
yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.
Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa? Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain
itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.
Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian. Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
tetapi tiada sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembahyangkan. Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya. Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.
Note: P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah, jadikan ia sebagai pengajaran."
Wednesday, February 13, 2008
Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??
Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam
(lihat gambar)
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan
istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.
Tuesday, February 12, 2008
MEMORI
Hidup Ini Banyak Betul Pengalaman Dia.......
Setiap Org Ada Langkah Masing-masing.....
Hari-hari Yang Berlalu Akan Terus Kekal Sebagai MEMORI Dengan Memori Ini....
Kita Akan Belajar Menghargai Apa Yang Telah Kita Miliki Untuk Kita Terus Dewasa.....
Kita Warnai Langit Dengan Tangan Kita Sendiri....

..... Selagi Jantung Ini Terus Berdegup ,
Mimpi .....
Persahabatan.....
Keberanian......
Segala-galanya.....
Akan Terus Diabadikan Dalam Jiwa Ini... Selama-lamanya....
Saturday, February 9, 2008
Kedatangan Ulama Besar Dari Yaman.
Marilah bersama mengambil peluang keemasan ini untuk bersma beliau.

SELAMAT DATANG ULAMA DAN PENDAKAWAH MURABBI
Latarbelakang beliau:
Syukur kita kepada Yang Maha Mengurniakan nikmat dan rahmat kerana
memberi peluang kepada kita dapat bertemu dan mengambil manfaat daripada kunjungan Pendakwah yang gigih ini . Beliau adalah Sayyid al-Haafiz al-Musnid ad-Daie al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. Lebih dikenali dengan nama Habib Umar bin Hafiz.
Merupakan keturunan yang ke-39 dari Baginda Nabi Muhammad saw,
melalui salasilah Saidina Husin bin Ali bin Abi Talib r.a dan Fatimah az-Zahra’ binti Muhammad Rasulillah saw .
Dilahirkan pagi sebelum subuh hari Isnin, 4 Muharram 1383h bersamaan 27 Mei 1963 , di Bandar Tarim, Hadramaut, Republik Yaman.
Guru Mulia ini akan kunjung kembali ke negeri kita, beliau adalah seorang
ahli hadits yang mencapai derajat Al Hafidh, yaitu hafal lebih dari 100.000
(seratus ribu) hadits beserta sanad dan matannya. Juga layak digelar Al Musnid, yaitu orang yang mampu menyebutkan ribuan hadits dari dirinya hingga Rasulullah saw, yaitu yang banyak mengumpulkan sanad hadits, Juga layak digelar al-Mufassir, yaitu Ahli Tafsir Alqur'an yang mengetahui Asbabunnuzul ayat yang didukung hadits-hadits shahih, beserta Asbabul wurudnya.
Selain dari itu, beliau adalah Ahlulkhusyu', malam hari beliau bermunajat
dengan Allah SWT. Pernah seorang tetamu, mengunjung ke rumah beliau
sehingga tengah malam, lalu beliau memohon keizinan untuk shalat malam, namun tetamu itu berkata : "saya menunggu anda", maka Guru Mulia hanya mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tamu berkata : "Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?", beliau berkata : "maafkan saya, saya bermunajat kepada Yang maha Esa, dan jika aku bertamu denganNya maka aku lupa pada semua selain Nya". Demikian malam hari beliau, sebaliknya pada siang hari beliau sentiasa berkhidmat kepada masyarakat .
Mengasaskan Institusi Pengajian Darul Musthafa, Tarim , Hadramaut.
Bagi meneruskan kesinambungan dakwah Islam dan menyebarkan ilmu
yang bermanfaat, beliau berjaya mengasaskan Pusat Pengajian Islam Darul Mustafa, di Bandar Tarim , Hadramaut, pada tahun 1414/1994 , sehingga berjaya mentarbiyah pelapis-pelapis daie dari merata dunia termasuk dari rantau Nusantara ini .
Jadual beliau diMalaysia :
http://www.turboupload.com/download/45UZVyhNLhGU/jadualhabibumar.pdf
<amran3669
WebKL>
Tempe Oh Tempe ... ......
PETALING JAYA 3 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.
Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.
‘‘Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.
‘‘Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sinihari ini.
Mohamad Khir menambah, dakwaan dan fitnah sedemikian ke atasnya disifatkan oleh beliau sebagai dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kerja.
Penampilan Mohamad Khir sejak tahun lalu menarik perhatian ramai apabila kulit mukanya bertambah licin dan sekali gus membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.
Selain itu, beliau juga tidak kelihatan memakai cermin mata seperti mana kebiasaannya.
Ini membuatkan pada masa yang sama pelbagai tanggapan timbul terhadap segala perubahan terhadap Menteri Besar Selangor itu termasuk kononnya beliau menggunakan rawatan wajah seperti botox
dan lain-lain.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Penerangan UMNO merangkap KetuaUMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Setinggan, Perumahan dan Pengurusan Bangunan Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan.
note : "aku setahun dok pract n dok mkn tempe xde pape perubahan pun" huhuhuhu...
Selamat Tahun Baru Cina
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Tahun Baru Cina juga menampakkan "penghijrahan" manusia yang terbesar, apabila bangsa Cina seluruh dunia pulang ke kampung halaman pada hari sebelum tahun baru, untuk menghadiri jamuan pertemuan semula bersama seisi keluarga.
Sejarah Tahun Baru Cina
Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
<by ElyndaIzan>
TIPS FOR HOW TO IMPRESS YOUR GIRL?

TIPS FOR HOW TO IMPRESS YOUR GIRL?
So how to really impress a girl? Seems like a tough question isn’t it? Well the true art of impressing girls lies in the simple fact that they are not impressed by anything which seems fake or unoriginal. Most guys tend to act or be like someone else just in order to impress girls but never succeed with it. The key here is to be an original as possible in order to impress your girl. Read on to find out some of the best tips on how to impress a girl and achieve desired results.
Don't try to impress- Yes here it is the very big secret in front of you! The best way to impress a girl is not to impress her. Now you might be wondering how does this really work. Well when most guys try to impress girls they tend to become more unauthentic and try to show off with almost anything and everything. Girls are not impressed by such tactics and would end up putting you in the "Show off" category. The best way to impress a girl is to be yourself and let things happen automatically.
Natural talent works- If you thought that girls are impressed by money and material things all the time than you are highly mistaken. If girls are impressed by your money than they are probably looking for money and not you. The best way to impress a girl and retain your status is by the way of natural talents which involve the way you talk and present yourself. You need girls to respect you for what you are and not what you possess.
What do you have? - No girl would be impressed by you unless you have something which is different from the rest. Girls normally get hit on by several men everyday and almost all those men try to impress them with all they’ve got. If you are doing and following the same tactics as all those men than you would never succeed in your quest to impress girls. Show your true self while trying to impress a girl and try to be your best self. Don't talk to her with the quest to impress rather try to do what you normally do. One of the best aspects which almost every girl demands and gets impressed by is intellectuality. Try to develop your intellectual skills. This can be done by the way to reading books and being up to date with the latest happenings. Remember being a good talker is the foundation of impressing almost any girl.
Tips for How Men Can Impress a Date
Want to know how to impress a woman on a date? Here are some tips for men to follow. Now, this is pretty much just common sense. You would be quite surprised at many dates go wrong. I've decided to write this article to give men a few tips on how to impress a girl with a wonderful date. Most of all just remember to be yourself and try not to be nervous. Remember she is probably just as nervous as you are. Make sure to open doors for her and also let her order whichever she wants to eat. Pick up some flowers to give to her. If she is dressed up tell her that she looks beautiful and give her compliments throughout the date.
Don't order food for her
Don't assume that you know exactly what she would like to eat for dinner. She may have different tastes in food than you. Don't insist that she has to eat something just because you THINK that she is going to like it.
Don't complain about the prices
Never complain about price of the food. Food prices shouldn't be an issue. If you complain about the food prices then you appear as being cheap. Whichever you do never use a two for one coupon or half off coupon or any other type of coupon on a date. It looks really bad if you use a coupon while on a date.
Don't talk about the ex girlfriend or ex wife
Please don't talk about your ex while on a date. It is a total turn off to listen to a man bash his ex girlfriend or ex wife with rude remarks. She doesn't want to hear about it despite what you think. The point of the date is to impress her.
Don't talk about how many women you have had sex with
This is probably the number one turn off. Women don't like to hear men bragging about how many women that they have had sex with. We don't want to hear about how good in bed you are. If a woman is interested in you sexually then she will let you know. She doesn't want to get the impression that a man is quite a smooth talker that sleeps with every woman in sight.
Don't eat like a slob
It is VERY important to use table manners. Don't eat like a slob. Don't burp and don't do other rude things. Close your mouth when you chew food. Don't spit on her when you are talking. Some people have a bad time with spit when talking. Make sure to take small bites of your food when eating. Don't just shove your food in your mouth.
Don't wear sloppy clothes
Make sure to not wear sloppy clothes. Wear a nice shirt with a tie and also wear a nice of pair of slack pants. Put on some good smelling stuff. Make sure to bush your teeth and do your hair. Check your nose. Put on some nice shoes. Dress as nice as possible to impress her.
Friday, February 8, 2008
Wednesday, February 6, 2008
Jatuh Cinta atau Jatuh Simpati ?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
Saturday, February 2, 2008
KB MALL

KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development"(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.
Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato’ Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.
Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.
"Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahan kehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itu kerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut," katanya.
Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.
Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato’ Seri Megat Tajuddin dan Dato’ Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah
Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.
Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.
"Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh.
"Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan ‘wau bulan’(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia.
"Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya"katanya.
Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah.
"Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang ‘grand’ dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya," katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain.
Sumber - Harakah
Tanda-Tanda Awal Kanser
(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.
Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Mangga boleh mengelakkan kanser
Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah. Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok.
Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. "Bah Kut Teh" (DAGING BABI)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell , L'Oreal , Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond, Licence to kill
6. Bawang Goreng segera
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
Kucai - Allium Tuberosum
Amat terkenal dikalangan masyarakat cina diseluruh dunia dan kedatangan orang-orang cina ke Tanah Melayu berkurun dulu telah mempopularkan sayur kucai yang dulunya amat asing bagi masyarakat melayu lama.
Berasal dari negara China dan dipercayai telah ditanam dan digunakan seawal tahun 200SM lagi walaubagaimanapun kucai tumbuh meliar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai kini sudah mula ditanam secara komersial terutama di Jepun,Korea, China, India ,Amerika Syarikat ,Asia Tenggara dan Nepal.
Sayur kucai banyak digunakan di dapur Eropah dan Amerika sebagai bahan campuran dalam masakan oriental seperti telur, salad dan sup.Kucai tersenarai sebagai keluarga Liliaceae,merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara rumpun. Dikenali juga dengan sebutan chive,bawang ganda dan gow choy, kucai termasuk dalam tanaman bebawang.
Tanaman ini bergerombol seperti tanaman padi yang baru tumbuh.Kucai tumbuh secara rumpun dengan daunnya berukuran antara20-40sm, mempunyai bunga yang ukurannya hampir sama panjang dengan daun.Bunganya tumbuh dalam bentuk jambak dimana setiap jambak mempunyai bunga kecil bewarna putih keungguan dan bentuknya pipih, padat dan tidak berlubang.
Selain itu kucai juga mempunyai bebawang, namun tidak begitu jelas kelihatan berbanding bawang putih atau bawang merah.Sayur kucai hidup subur diatas tanah gembur mengandungi humus dengan PH 5.5-6.5 dan memerlukan air yang banyak untuk subur.Senang ditanam dan boleh tumbuh dengan mudah diatas batas dihalaman rumah. Seperti tumbuhan herba yang lain, kucai juga kaya dengan nilai nutrient dan zat pemakanan.93% terdiri dari air, sementara selebihnya terdiri daripada 2.8% kaborhidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak dan 0.9 peratus serat selain itu kucai jug kaya dengan zat karotena dan vitamin C.
Dengan kandungan nilai pemakanan yang tinggi, para saintis masa kini melihat kucai berpotensi merawat masalah tumor dan knser disamping dapat merawat penyakit usus dan gigi. Kandungan karotena dan vitamin C yang tinggi dalam sayur kucai menyebabkan kucai diikhtiraf sebagai sayur anti-tumor dan dibuktikan oleh pakar perubatan terutama di negara China dapat memerangi tumor dalam badan manusia.
Pakar perubatan China menggunakan air rebusan kucai bagi melancarkan peredaran darah dan membersihkan darah dari toksin. Selain itu kucai juga dilihat berupaya memelihara dan menjaga kesihatan buah pinggang dimana kucai berupaya mengawal perimbangan kandungan garam dan air dalam badan dan ini penting bagi buah pinggang sebagai organ perkumuhan terpenting dalam organ kita.
Kucai juga dikatakan mampu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Bagi masyarakat Thai pula, biji kucai digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat sakit gigi.Bagi wanita yang baru melahirkan anak disaran memakan kucai bersama ikan bilis dimana gabungan kedua-dua makanan ini mampu menambahkan pengeluaran air susu.
Selain itu kucai sering digunakan oleh petani sebagai bahan untuk menentang serangga perosak sayuran.Caranya mudah dengan menyeduhkan daun kucai yang kemudiannya didinginkan sebelum disaring.Air saringan ini dikatakan mampu membanteras hama yang biasa menyerang tanaman sayur mentimun.
Walaupun semakin mendapat tempat diseluruh dunia namun disebabkan kucai mempunyai bau dan bau ini meninggalkan kesan pada mulut dan pernafasan kucai masih ketinggalan berbanding dengan daun bawang dan daun saderi yang masih menjadi pilihan utama masyarakat dunia.
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin
HABBATUS SAUDA
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda, merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated) , Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
*monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
*polysaccharide
*fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
*amino acid yang membentuk protein
*karotene iaitu sumber vitamin A
*kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Petanda Kiamat Makin Hampir
Petanda Kiamat Makin Hampir
- Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari~ dah jadi dah.. - Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim~ dah nampak dah.. - Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik.. - Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah.. - Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu… - Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal… - Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
-
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..- Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok..- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq..- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir.. - Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.



































