Friday, March 14, 2008

Thursday, March 13, 2008

CARA TIDUR YANG DIAMALKAN RASULLAH

Rasullah SAW adalah contah ikutan bagi kita dalam segenap perbutan dan amalan. Kita mungkin tidak mampu untuk mengikuti segala sunnahnya. Namun ada beberapa sunnah yang mampu kita ikuti untuk dijadikan AMALAN. Contohnya cara tidurnya :-

* Sentiasa tidur dalam keadaan suci yakni tidur dalam keadaan berwuduk.

* Tidurlah di awal malam setelah menunaikan solat Isyak yakni pada jam 10 atau 11 malam.

* Bangkitlah di awal separuh kedua malam iaitu jam 1 dan 2 pagi. Lalu bersugi, berwuduk dan mengerjakan solat tahajud

* Kemudian tidurlah semula dan bangkit sebelum terbitnya fajar.

* Tidurlah dengan keadaan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap makanan di dalam usus dan makanan cepat dihadamkan.

* Jangan sesekali tidur dalam keadaan perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Bagi yang bujang tu ... simpan dulu ilmu ni.. Sabda Rasullah s.a.w.

Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya
dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah
mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang suka menumpahka darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan
isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah mengurniakan
anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak
ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada
orang yang zalim,pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan
anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
bermusafir.
Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang
tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir.Dalam tempoh
tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu
kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).Jika
allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap
dan
menghendaki dunia daripada akhir.

Cara berjimak yang dituntut

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala
pembahagian allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat
mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala)
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. anak yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org
alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak
dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta
allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia
diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak
dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya

Hanya untuk perempuan sahaja.

Hanya untuk perempuan sahaja.

ada seorang hamba Allah di suatu hari berjalan berseorangan di taman.tiba-tiba sekumpulan pemuda melayu datang ke arahnya dan menculik beliau lalu membawanya ke rumah kosong untuk di rogol.ketika pakaian beliau cuba dikoyakkan beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadat secara nyaring dan di ikuti dengan laungan azan,serta ayat-ayat quran dengan keadaan meronta-ronta.tidak satu pun perkataan jangan rogol saya di ucapkan melainkan ayat quran yg keluar dari mulut gadis tersebut.akhirnya sorang demi sorang pemuda tersebut tidak berdaya untuk membuat kerja terkutuk itu bahkan meminta maaf dari gadis tersebut atas perbuatan mereka.moralnya jika kejadian tersebut berlaku kepada anda jangan hanya cuba menjerit meminta tolong,tp amalkan juga ayat-ayat quran untuk menghalang setan dari merasuk nasfu perogol.kisah ini adalah benar.di ceritakan oleh salah seorang yang cuba merogol gadis tersebut

Tuesday, March 11, 2008

Malaikatmu tersentuh hati

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini
mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya
kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya
begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat
untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini,
apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan
tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'


'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap
hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan
menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang
berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa
mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh
kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara
kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa
yang akan melindungi saya ?



'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak
melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan
akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali
kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa
disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga
suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya
perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu
memberitahuku nama malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU '

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia
akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang
sabar dengan karenah anak-anak yang sedang
embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak
kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'




'Sampaikanlah walau satu ayat'

1 Minute Question Paper in Ireland







Monday, March 10, 2008

Coming soon Proton MPV - Copycat Wish









Kenali hati budi seorang lelaki

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Munajat Perdana

Image
Anak-anak masa depan...



Image
Penuh pengharapan



Image
Tak cukup ruang..



Image
Melentur buluh



Image
Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Engkau



Image
Masya Allah...



Image
Sayap kiri perjuangan



Image
Putih itu suci...



Image
Hancurkan mereka ya ALLAH..



Image
Emm..



Image
Hanya Engkau tempat ku bermohon Ya Allah..



Image
Titisan pengharapan..

Friday, March 7, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya
."Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang
. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak
. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

ibu bapa berdosa izin anak berdating

ibu bapa berdosa izin anak berdating

SOALAN

BERDUA-DUAAN antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram. Apakah pula hukumnya ibu bapa yang mengizinkan anak perempuan mereka keluar dengan teman lelaki sama ada berjalan-jalan atau menonton wayang?
JAWAPAN

Keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram adalah ditegah dan hukumnya haram. Apatah lagi menonton wayang bersama teman lelaki juga adalah haram.
Perbuatan ibu bapa yang mengizin anak perempuan mereka keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram juga haram. Dalam hal ini kesemua yang terlibat berdosa. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang merestui anak perempuannya melanggar perintah Allah s.w.t.
Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh dan bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka yang diamanahkan kepada mereka. Ibu bapa yang mengkhianati amanah ini pasti akan mendapat balasan seksa dua kali ganda kerana mereka merestui malahan menghalalkan apa yang telah jelas haram di sisi Islam.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka…. (al-Thagabun: 14).
Dalam ayat lain, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32).
Ibn Kathir berpendapat maksud zina di sini ialah: “Apa sahaja jalan yang membawa kepada maksiat”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, jld:3, hlm: 55).
Dalam surah al-Thagabun Allah s.w.t. menjelaskan bahawa anak-anak itu dikurniakan kepada manusia kemudian diuji dengannya. Kadangkala anak-anak ini menjadi penawar hati kadang- kadang menjadi musuh kepada kedua- dua ibu bapanya.
Anak-anak lahir ke atas bumi ini dalam keadaan suci dan bersih seperti mana hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud: Setiap anak Adam itu lahir ke atas bumi ini dalam keadaan fitrah (suci jiwanya ), maka ibu bapa yang menjadikan dia Nasrani, Majusi atau Yahudi… (riwayat Bukhari no. 1385).
Kesimpulannya, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak itu menjadi seorang yang baik atau menjadi seorang derhaka kepada Pencipta dan kedua-dua ibu bapa.
Masyarakat perlu faham kadang-kadang perbuatan mereka mengundang musibah yang lebih besar. Apabila seorang lelaki mendampingi seorang wanita yang bukan mahram makhluk yang ketiga yang bersama mereka ialah syaitan.
Tugas syaitan yang dimaklumi ialah sentiasa membisikkan kejahatan dan kemungkaran dalam telinga anak Adam. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah seperti kapas yang berhampiran dengan api, bila-bila masa boleh terbakar. Akhirnya, si anak perempuan terdedah kepada zina. Mungkin juga membawa pulang perut yang berisi anak luar nikah sebagai ‘hadiah’ yang paling istimewa kepada kedua ibu bapanya yang merestui perbuatan anaknya.
Ketika itu, ‘nasi sudah menjadi bubur, arang sudah disapu ke muka.’ Yang paling berharga bagi manusia juga sudah tercemar iaitu maruah keluarga.
Justeru, Islam meletakkan kaedah ‘menghalang daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik adalah lebih baik daripada merawat’. Ingatlah sesungguhnya menjaga dan membesarkan anak perempuan adalah lebih besar tanggungjawabnya kerana menjaga mereka seperti menggenggam bara api.
Nabi s.a.w. menjanjikan syurga bagi ibu bapa yang mempunyai dua orang nak perempuan atau lebih dengan balasan syurga. Balasan itu bersyarat. Syaratnya mesti mendidik mereka dengan agama, ajarkan mereka akhlak yang mulia, apabila mereka dewasa, kahwinkan mereka dengan lelaki yang soleh.

SILA BACA DAN FIKIRKAN LAH .

SILA BACA DAN FIKIRKAN LAH .

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu.. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "




`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Doa Tuan Guru Nik Aziz

Doa Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am MYT

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang
kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami
ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi
bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan
tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah
pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang
yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama
kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak
sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh
kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat
kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam
kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami,
maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat
kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan
bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan
kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami
tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi
kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari
segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah
kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana
kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti
kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu
lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri
, dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan
goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,
Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang
mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas
tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad
S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan
badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan
menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan
para sahabat baginda sekalian." - mks. Cetak

Amazing, only Japanese can imagine & execute!!!!!!!!!!!!!!!

Amazing, only Japanese can imagine & execute!!!!!!!!!!!!!!!
Sapporo (A commercial city in northern Japan on western Hokkaido)
stadium Seating capacity of 42,122, what's unique about this Stadium is that, it's an indoor stadium with the playing field out side, and when required, the field will move inside the stadium... and not only that, the field once inside it will rotate within its axis to ensure the spectators will get a all round view of the game being played...







www.FunAndFunOnly.netwww.FunAndFunOnly.net


www.FunAndFunOnly.net



www.FunAndFunOnly.net

www.FunAndFunOnly.net

www.FunAndFunOnly.netwww.FunAndFunOnly.net


www.FunAndFunOnly.net

Wednesday, March 5, 2008

No Body Virgin...........

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~

Bilakah Masanya Ghibah (Mengumpat) Dibenarkan?

Persoalan Gihibah Secara Umum

أَتَدْرُوْنَ مَا الْغِيْبَةُ ؟ قَالُوْا الله ورسولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ : ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيْلَ : أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِيْ أَخِيْ مَا أَقُوْلُ ، قَالَ : إِنْ كَانَ فِيْهِ مَا تَقُوْلُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيْهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

“Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Erti ghibah atau umpat (mengumpat) ialah: Kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang). Kata-kata mengeji (mengejek). (Lihat: KAMUS DEWAN, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka) Atau memperkatakan tentang keburukan orang lain di belakangnya yang tidak disukai oleh orang tersebut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan erti ghibah dengan sabdanya:

أَنْ تَذْكُرَ الرَّجُلُ بِمَا فِيْهِ مِنْ خَلْفِهِ

“Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

أَلْغِيْبَةٌ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بَمَا يَكْرَهُ

“Ghibah ialah engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia tidak disukainya”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

Setiap mukmin wajib mengetahui hakikat ghibah agar tidak diperangkap oleh iblis (talbisu-iblis-تلبيس ابليس) melalui ghibah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ghibah yang haram atau yang batil wajib ditinggalkan. Namun para ulama Salaf as-Soleh tidak mengharamkan secara mutlak semua jenis ghibah, sama ada ghibah yang melalui perkataan, kritikan, tulisan, ucapan, perbuatan dan sebagainya.

Secara umumnya, ghibah adalah dilarang sebagaimana dalil berikut,

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Hujurat 49: 12)

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela…” (al-Humazah 104: 1)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: "Masih segar terdengar di telinga kami bahwa ayat ini (104: 1, 2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104: 1, 2, 3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang. (Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummayah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq)

Ghibah (Mengumpat) Yang Dibenarkan

Para ulama Salaf as-Soleh telah menghalalkan ghibah dalam beberapa hal:

Pertama: Dibolehkan menghibah, mengkritik keburukan, kesesatan, kekufuran, penyimpangan dan kenifakan para penyesat. Iaitu dengan niat untuk memberikan peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar berwaspada terhadap mereka. Malah menurut kesepakatan ulama, dibolehkan menghibah dan menyebut bid’ah dan keburukan mereka supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar menjauhi mereka dan bid’ah-bid’ahnya. Amalan inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad rahimahullah sebagaimana yang dapat difahami dari jawapan beliau ketika ditanya:

قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَنْدَار الْجرْجَانِي للا مَامِ اَحْمَد : اِنَّهُ لَيَشْتَدُّ عَلَيَّ اَنْ اَقُوْلَ : فُلاَنٌ كَذَا وَفُلاَنٌ كَذَا ، فَقَالَ اَحْمَدُ : اِذَا سَكَتَّ اَنْتَ وَسَكَتُّ اَنَا , فَمَتَى يَعْرِفُ الْجَاهِلُ الصَّحِيْحَ مِنَ السَّقِيْمِ ؟

“Telah bertanya Muhammad bin Bandar al-Jurjani kepada Imam Ahmad: Sesungguhnya amat berat bagiku untuk mengatakan: Si Fulan itu begini dan Si Fulan itu begini. Maka berkata Imam Ahmad: Jika engkau mendiamkan diri dan aku mendiamkan diri, maka bilakah Si Jahil akan mengetahui yang benar dan yang keji (yang berpenyakit di hatinya)?” (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibnu Taimiyah. Lihat: شرح علل الترمزي , 1/350)

Imam Ahmad dengan ketegasannya menghibah (menceritakan keburukan) seseorang ahli bid’ah jika sudah jelas bid’ahnya. Beliau ditanya berkenaan Husin al-Karabisi (ahli bid’ah), beliau menjawab:

هُوَ مُبْتَدِعٌ

“Dia Ahli Bid’ah”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)

Di jalur riwayat yang lain, Imam Ahmad berkata:

اِيَّاك ، اِيَّاكَ وَحُسَيْنُ الْكَرَابِيْسِي ، لاَ تُكلّمهُ ، وَلاَ تكلم مَنْ يُكَلِّمَهُ

“Hati-hati, hati-hatilah terhadap Husin al-Karabisi, janganlah engkau bercakap dengannya, janganlah engkau bercakap dengan orang yang berbual dengannya!”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)

Menurut Imam Ahmad rahimahullah: Apabila seseorang itu telah ternyata sebagai ahli bid’ah, maka beliau berpendirian wajib mendedahkan (menghibah) ahli bid’ah tersebut dan bid’ah yang dilakukannya. Ketika beliau ditanya:

قِيْلَ للاِمَامِ اَحْمَد : اَلرَّجُلُ يَصُوْمُ وَيُصَلِّي وَيَعْتَكِفُ اَحَبَّ اِلَيْكَ اَوْ يَتَكَّلَمُ فِى اَهْلِ الْبِدَعِ ؟ فَقَالَ : اِذَا صَامَ وَصَلَّى وَاعْتَكَفَ فَاِنَّمَا هُوَلِنَفْسِهِ وَاِذَا نَكَلَّمَ فِىاَهْلِ الْبِدَعِ فَاِنَّمَاللمُسْلِمِ هَذَا اَفْضَلُ

“Ditanyakan kepada Imam Ahmad: Manakah yang paling engkau cintai, seorang yang solat, puasa dan i’tikaf ataukah orang yang memperkatakan (menghibah) ahli bid’ah? Maka beliau berkata: Apabila seseorang itu bersolat, puasa dan i’tikaf, itu hanya untuk dirinya sendiri. Apabila membincangkan (menghibah) keburukan ahli bid’ah, maka itu untuk kaum Muslimin. Inilah yang lebih utama”. (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibn Taimiyah)

Abu Zur’ah rahimahullah juga menjelaskan tentang al-Harith al-Mahasibi dan kitab-kitabnya, beliau berkata:

اِيَّاكَ وَهَذَهِ الْكُتُبُ ، هَذِهِ كُتُبٌ بِدْعٌ وَضَلاَلَةٌ ، فَعَلَيْك بِالأَثَرِ.
“Hendaklah kamu berhati-hati terhadap buku-buku ini. Ini buku-buku (kitab-kitab) bid’ah dan sesat. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada atsar (pegangan para sahabat)”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 13. Soleh bin Fauzan)

Walaupun mereka yang dighibah mempunyai beberapa kebaikan, namun pendirian dan sikap para ulama Salaf as-Soleh dengan niat untuk membanteras kemungkaran, kejahatan dan kesesatan, maka melalui kaedah Jarh wa-Ta’dil dibolehkan menghibah mereka demi untuk menghalang dari tersebarnya kemungkaran. Sebagai contoh, para ulama Salaf as-Soleh telah menghibah golongan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat.

Begitu juga dibolehkan menghibah keburukan para perawi hadis demi untuk menyelamatkan kesahihan hadis, maka mereka tidak dilarang menghibah para perawi dengan menyebut kesalahan-kesalahannya, seperti dikatakan Si Fulan mungkar, tidak dipercayai, lemah, pelupa, kazzab (pembohong) dan sebagainya. Imam asy-Syaukani berkata:

“Dan yang menjadi hujah atas hal ini adalah dalil-dalil yang jelas seperti hadis mengenai nasihat kepada Allah, kitab-Nya, Rasulnya dan para pemimpin Islam khususnya dan umat Islam umumnya kerana menjelaskan pembohongan para pendusta adalah merupakan nasihat yang paling besar kepada Allah dan Rasul-Nya”. (Lihat: Raf’u ar-Raibah. Hlm. 27. Tahqiq Muhammad Ibrahim asy-Syaibani. Maktabah Ibnu Taimiyah)

Ibnu Taimiyah juga banyak membantah, mengkritik dan menghibah Ahli Kalam, Jahmiyah, Mu’tazilah, Sufiyah dan Asy’ariyah. Ibnu Taimiyah menghibah al-Akhnai’i الأخنائي)), al-Bakari dan selain mereka.

Dalam persoalan yang sama, Sheikh Dr. Rabi’ al-Madkhali pernah membantah kenyataan Salman al-Audah sebagaimana berikut, yang mana Salman al-Audah pernah berkata mengenai keadilan muwazanah, menurut beliau:

“Ketika kamu mengkritik sesebuah tulisan, maka tidak adil jika hanya mengatakan: Kitab ini termuat hadis-hadis palsu atau lemah dan pendapat-pendapat yang janggal. Kamu menyebut sudut keburukannya sedangkan melupakan sudut kebaikannya dari kitab tersebut. Misalnya jika kitab tersebut mengandungi berbagai-bagai kebaikan dan kajian ilmiyah maka jika hanya mendedahkan separuh dari kitab itu bererti telah melalaikan setengah yang lain, ini adalah tindakan yang curang. Ramai yang hanya memandang pada sudut kesalahan sahaja pada sebuah kitab yang ditahzir تحذير (diberi peringatan) disebabkan kitab itu mengandungi hadis lemah, atau disebabkan kesalahan pada suatu masalah. Seandainya kita perhatikan secara teliti kitab yang ditulis oleh para ulama dengan muwazanah ini, nescaya kita tidak akan temui suatu kitab pun yang sunyi dari kesalahan”. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Dr. Rabi’ bin Hadi)

Syeikh Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali hafizahullah apabila mengulas pendapat Salman al-Audah, beliau berkata:

“Adil lawannya zalim, apabila pada sesebuah kitab terdapat pelbagai bid’ah dan khurafat di dalamnya, kemudian ada orang Islam menasihati agar kaum muslimin berwaspada terhadap kitab tersebut maka ini bukanlah suatu kezaliman sedikitpun. Demikian juga apabila seorang memiliki aib atau bid’ah, lalu disebut hal tersebut, ini bukan bererti zalim atau mengumpat (ghibah). Tetapi ini adalah bentuk nasihat (yang dituntut. Pent.) dan merupakan suatu tanggungjawab menurut kalangan para ulama Islam. Yang dinamakan kezaliman adalah apabila meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sedangkan menyebut aib dan bid’ah yang terdapat dalam sesebuah kitab atau aib yang terdapat pada seseorang dengan tujuan nasihat bagi kaum muslimin, maka itu adalah merupakan hal yang dituntut secara syariat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kemaslahatan serta menghindari pelbagai kerosakan”. (Lihat: منهاج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف , Syeikh Rabi’ bin Hadi)

Dengan penjelasan di atas, bahawa menghibah penyelewengan dan hakikat kesesatan bid’ah yang ditulis oleh para penulis dan aktiviti bid’ah, semua itu adalah tindakan yang wajar menurut kesepakatan kaum muslimin agar umat berwaspada dan menjauhi kegiatan bid’ah, khurafat dan syirik. Malah dibolehkan menghibah dengan menyusun banyak kitab untuk melawan dan mengkritik ahli bid’ah (penyebar bid’ah), memberi peringatan kepada ahli Sunnah agar berhati-hati terhadap ahli bid’ah demi membela sunnah. Imam Yahya bin Yahya an-Naisaburi berkata: Membela sunnah lebih baik daripada jihad. (Keseluruhan wasiat ini dinukil dari: Manhaj Ahli Sunnah Dalam Mengkritik Tokoh, Kitab Dan Aliran. Oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

Menurut Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan:

اذا كان الْمنتَقَد من اهل السنة والجماعة ، واخطاؤه فى الامور التي لا تخِلّ بالعقيدة ، فنعم ، هذا تُذكر ميزاته وحسناته ، وتُغمر زلاته فى نصرته للسنة
“Apabila yang dikritik itu Ahli Sunnah wal-Jamaah dan kesalahannya dalam perkara yang tidak berkaitan dalam masalah akidah. Ya! Sewajarnya disebut keistimewaan dan kebaikannya dan ditutup ketergelincirannya kerana pembelaannya terhadap sunnah”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 29. Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, Darus Salaf)

Beliau berkata lagi:

وَاَمَّا اذا كان المردود عليه من اهل السنة والجماعة فان الردَّ يكون بادب ، وينبَّه على اغلاطه التى تكون فى مسائل الفقه ومسائل الاستنباط والاجتهاد فنقول : فلان اخطا فى كذا والصواب كذا بالدليل غفر الله له ، وهكذا اجتهاده ، وهكذا كما كانت الردود بين الفقهاء من المذاهب الاربعة وغيرهم ، وهكذا لا بقدح فى مكانته العلمية اذا كان من اهل السنة والجماعة. واهل السنة والجماعة ليسوا معصومين ، عندهم اخاء وقد يفوت احدهم الدليل او اختلال الاستنباط ، فلا نسكت على الخطأ وانما نبينه مع الاعتذار عنه. لِقَوْلِ النبي صَلَّى اللهُ عليه وسلم :

“Sedangkan apabila yang dikritik itu adalah Ahli Sunnah wal-Jamaah, dalam mengkritik harus menggunakan adab-sopan. Kemudian menjelaskan kesalahannya dalam masalah-masalah fiqh, istimbat dan ijtihad. Beginilah bantah-membantah di kalangan fuqaha antara imam yang empat dan selain mereka. Ini dalam masalah-masalah fiqh. Dan ini tidak tercela secara ilmiyah. Ahli Sunnah wal-Jamaah tidak maksum. Mereka mempunyai kekeliruan-kekeliruan, kadang-kadang mereka belum mendaptkan dalil atau salah istimbat. Maka kita jelaskan kesalahannya dan tidak diam atas hal ini. Kemudian kita memberi uzur kepadanya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

اِذَا اجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَاَصَابَ فَلَهُ اَجْرَانِ ، وَاِنْ اجْتَهَدَ فَاَخْطَاَ فَلَهُ اَجْرٌ وَاحِدٌ.

“Apabila seorang hakim (mujtahid) telah berijtihad dan benar maka baginya dua pahala. Apabila dia berijtihad dan salah maka baginya satu pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari. 6919. Dan Muslim. 1718)

اما اذا كان فى مسائل العقيدة فانه لا يجوز لنا ان نمدح المضللين والمخلفين لأهل السنة والجماعة من : معتزلة ، وجهمية ، وزنادقة وملاحدة ، واناس مشبوهين فى هذا العصر وما اكثرهم

“Adapun dalam masalah-masalah akidah, tidak dibenarkan bagi kita memuji-muji penyesat dan penyimpang dari Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti Mu’tazilah, Jahmiyah, Zanadiqah dan Mulahadah. Dan dewasa ini terlalu ramai manusia yang tergelincir (lantaran masalah yang timbulkankan oleh para penyesat. Pent.)”.

اَمَّا اذا كان المنتَقَد من اهل الضلال ، ومن اهل الانحراف ومن اهل المبادئ الهدَّامة او المشبوهة ، فهذا لايجوز لنا ان نذكر حسناته ان كان له حسنات

“Oleh kerana itu jika yang dikritik para penyesat, penyeleweng dan pencipta prinsip-prinsip yang menghancurkan dan syubhat, maka tidak boleh bagi kita menyebutkan kebaikan-kebaikannya walaupun dia mempunyai banyak kebaikan”. (Hadis Riwayat Bukhari, 6919. Dan Muslim, 1718)

Selanjutnya beliau menjelaskan:

لأننا اذا ذكرناها فان هذا يغرر بالناس ، فيحسنون الظن بهذا الضال ، او المبتدع ، او هذا الخرافى ، او الحزبي ، فيقبلون افكار هذا الضال ، او هذا المبتدع ، او ذاك المتحزب

“Jika sekiaranya kita menyebutkan kebaikan-kebaikannya, ini bererti kita menipu manusia, sehingga mereka bersangka baik (فيحسنون الظن) kepada penyesat ini atau ahli bid’ah atau ahli khurafat atau orang-orang yang suka hizbi. Mereka (orang awam. Pent.) akan menerima buah fikiran penyesat, ahli bid’ah atau (orang-orang) hizbi tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari, 6919. Dan Muslim, 1718)

Kedua: Dibolehkan menghibah semasa membuat aduan atau meminta bantuan kepada pihak yang berkuasa seperti menceritakan sifat seseorang semasa membuat aduan atau laporan kepada mereka. Memberi keterangan kepada hakim, mahkamah sivil, mahkamah syariah dan sebagainya, iaitu berdasarkan hadis:

“Dari Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Hindun, isteri Abu Sufyan pernah mengadu kepada Rasulullah: Sesungguhnya Abu Sufyan orang yang lokek, tidak memberi nafkah yang cukup buat anak-anakku, sehingga aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuan darinya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Dibolehkan ghibah dan menceritakan sifat orang yang dighibah untuk meminta fatwa. Seperti seseorang berkata: Si Fulan telah menzalimiku dengan membuat itu dan ini.

Keempat: Kerana kemaslahatan umum. Seperti peranan akhbar (mas media) menceritakan sifat seseorang yang hilang agar mudah dikesankan. Begitu juga dalam usaha membenteras keganasan, maksiat, mengesan orang-orang yang membahayakan orang-orang awam dan sebagainya.

Kelima: Menyebut (Menghibah) keaiban (menjarh) saksi palsu (yang membuat pengakuan atau persaksian palsu) dalam persoalan yang berkaitan dengan nyawa (darah) kehormatan atau harta. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

لَيُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عِرْضَهُ وُعُقُوْبَتَهُ

“Seseorang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak membayarnya, maka halal kehormatannya dan hartanya”. (Hadis ini disahihkan oleh syeikh al-Albani rahimahullah. Lihat: Al-Misykah, No. 2919)

Menurut al-Munawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis di atas ini bahawa: لَيُّ الْوَاجِدِ bermaksud: “Orang kaya”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Di dalam kalimah عُقُوْبَتُهُ ia membawa maksud: “Seorang hakim membantu melaksanakan hukuman terhadap yang tidak mahu membayar hutangnya dengan cara disebat atau dipenjarakan”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Penjelasan ini menandakan bahawa orang kaya yang tidak mahu membayar hutangnya boleh dighibah sebagai peringatan kepadanya.

Walau bagaimanapun tidak dihalalkan menghibah orang yang telah bertaubat dari kesalahannya, sebagaimana larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terhadap mereka yang menghibah al-Aslami radiallahu ‘anhu yang telah bertaubat, yang mana setelah bertaubat beliau mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk membersihkan dirinya dari dosa berzina sehingga dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. (Lihat: Al-Ghibah wa-Atsaruha fi al-Muhtama, Bab 2, Syeikh Husin al-Awayisyah)

Tidak Menyebutkan Kebaikan (Muwazanah/Timbangan) Kepada Ahli Bid’ah (Perosak Agama) Ketika Mengkritik Kesesatannya

Erti atau makna muwazanah (موازنة) secara bahasa ialah: “Penilaian Seimbang”. Namun maksud yang dikehendaki oleh pencetus manhaj ini ialah: Apabila mengkritik tentang keburukan atau kesalahan seseorang wajib disebutkan juga kebaikan-kebaikannya.

Para ulama Salaf as-Soleh tidak menerima secara mutlak dan tidak menolak secara mutlak akan prinsip muwazahan, keranaa muwazanah (الموازنة) termasuk bab al-Insaf (الانصاف) atau ‘adl.

Tetapi kenyataan sebenar dari penggunaan kalimah (Muwazanah) yang bid’ah ini telah disalah guna oleh golongan ahli bid’ah seperti golongan Ikhwanul Muslimin dan yang sealiran dengannya. Mereka mendifinisikan muwazanah secara hawa nafsu. Muwazanah meurut mereka ialah:

“Apabila menilai, mengkritik atau mengomentar seseorang individu atau jamaah tentang keburukannya, maka wajib ada muwazanah iaitu (menimbang) sudut kebaikannya dengan menyebut kebaikannya di samping muwazanah (menimbang) sudut keburukannya, supaya berlaku adil dan tidak berlaku zalim. Sama ada bermuwazanah pada hasil tulisan seperti kitab, makalah, ceramah, sikap, amalan atau sebagainya”.

Manhaj muwazanah yang seperti ini adalah manhaj yang bid’ah kerana ia sangat asing, malah ternyata amat bertentang dengan manhaj Salaf as-Soleh. Muwazanah telah menjadi manhaj baru kepada ahli bid’ah dan kepada orang-orang yang gemar membela bid’ah seperti kelompok Khawarij dan golongan hizbiyah. Golongan pertama yang menyerukan “Muwazanah” ialah Yayasan al-Hikmah, Ikhwanul Muslimin dan Sururiyun. (Lihat: إعلام اخوان بما قاله المحدث العلامة مقبل الوادعي أبوعبدالرحمن في الداعية عبدالرحمن عبدالخالق وجمعيته ومجلتة الفرقان. )

Walaupun orang-orang munafik, orang-orang fasik, orang-orang syirik, orang-orang zalim, Yahudi, Nasrani serta Majusi, mereka juga mempunyai kebaikan-kebaikan. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai Rabb (Tuhan) kita, dalam membantah orang-orang fasik, zalim, syirik atau orang-orang kafir sama ada Yahudi, Nasrani dan Majusi yang nyata telah berbuat dosa maka Allah tidak menyebut kebaikan mereka walaupun sedikit. Inilah manhaj yang wajib kita ikuti sebagai manhaj pegangan para Nabi, para Rasul dan para ulama Salaf as-Soleh.

Pendirian para ulama Salaf as-Soleh dalam mengkritik dan membantah kemungkaran, kejahatan dan kesesatan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat, sama sekali tidak menyebutkan kebaikan mereka. Kerana semua kebaikan mereka tertutup dan terhapus dengan kejahatan, kesesatan, kekufuran dan bid’ah-bid’ah yang mereka lakukan.

Begitu juga, al-Quran telah memuji orang-orang beriman, tetapi tidak menyebutkan kesalahan mereka, sebaliknya mencela orang-orang kafir dan munafik namun tidak menyebutkan pula kebaikan mereka. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

Adakah Dibolehkan Mengkritik Keburukan Pemerintah/Pemimpin/Penguasa

Maka hal ini telah dijelaskan secara panjang lebar sebagaimana di dalam artikel-artikel yang lalu yang mana boleh dicapai/dilihat melalui capaian link berikut:

1 – Sikap Ahlus Sunnah Terhadap Pemerintah (http://an-nawawi.blogspot.com/2007/12/sikap-rakyat-terhadap-pemerintah-yang.html)

2 –
Menasihati Pemerintah Menurut as-Sunnah – (http://an-nawawi.blogspot.com/2007/09/menasihati-pemerintah-menurut-as-sunnah.html)

Kesimpulan:

Kritikan secara terang-terangan atau mengumpat/ghibah ke atas sesuatu individu atau kumpulan tertentu adalah dibolehkan dengan beberapa syarat yang ketat yang iaitu mana jika mereka (yang di-ghibah) yang mana sikapnya/pemikirannya membahayakan kelangsungan aktiviti umat dalam persoalan agama (bagi tujuan menjaga/menjamin ketulenan agama), dalam persoalan aqidah, dan keselamatan nyawa, atau dengan sebab menerangkan persoalan jenayah di dalam mahkhamah.

Adapun mengumpat bagi tujuan memburuk-burukkan individu tertentu tanpa sebarang sebab yang boleh membahayakan kepada umat/masyarakat, maka itu adalah tidak dibolehkan dan ditegah sama sekali. Dan perlulah difahami bahawa dalam persoalan dibenarkan mengumpat inibukanlah tujuan utamanya untuk memburukkan pihak yang diumpat, tetapi lebih kepada bertujuan menyelamatkan ummat.

Adapun mengumpat pemerintah/penguasa, ia memiliki kaedah yang berbeza dan sebenarnya dilarang kerana ia memiliki prinsip dan adab yang khusus sebagaimana yang dijelaskan melalui pelbagai hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


@an-Nawawi

Tuesday, March 4, 2008

Teknik Terbaru Perogol

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang
mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam
minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

Makan Guna Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.


Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama:
Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua:
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga:
Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ........... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut..... .........

Moralnya:

Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Monday, March 3, 2008

Pohon Para Syuhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ahad, 5 Ogos 2007

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
"Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah"

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan
Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah
kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!

Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!
























Subhaanallah...Jelas kelihatan daun-daun segar tumbuh di celah-celah pohon yang telah mati...Sungguh! Ia menjadi tanda bagi orang-orang berfikir...


Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...


Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah


Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...


Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...

wallhua'lam

Saturday, March 1, 2008

Tempayan Yang Retak

Tempayan Yang Retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanyadapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapatmembawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja sitempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu
berkata kepada si tukang air,"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua
adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan
kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah
kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.
- Jadikan Allah sebagai Kekasih, Al Quran sebagai Teman, Rasulullah sebagai Tauladan dan Mati sebagai Peringatan.
- Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..
- Warnakan diri dgn keikhlasan.. lukiskan diri dgn senyuman. Gambarkan wajah dgn kemuliaan..Lakarkan hati dgn budi suci