Tuesday, February 24, 2009

Sawang Lagi


Adalah ini sy Mr_M ingin mengumumkan bahawasanya blog ini akan bersawang selama 5 hari dek kena kursus yang melimpah ruah... 3 hari kursus n 2 hari aku nk holiday puas2 di rumah...adioosssss

Monday, February 23, 2009

Lelaki Romantik Abad ini

10 Ciri Perempuan Pisau Cukur

10 Ciri Perempuan Pisau Cukur





1. Di awal perkenalan di dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.
2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.
3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

Kisah 3 Remaja

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.


Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" . Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Lawak Santai

Sosej dan Lembu


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Sunday, February 22, 2009

Tawaran Pengajian e-PJJ Julai 2009


Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan SPM / STPM / Diploma untuk menjadi siswazah Universiti Teknologi MARA dengan mengikut program-program e-pjj seperti berikut:

KOD PROGRAM NAMA PROGRAM KAMPUS
AC110 Diploma Perakaunan Shah Alam
AM110 Diploma Pentadbiran Awam Shah Alam, Bandar Melaka, Seri Iskandar, Kuantan, Dungun, Sg. Petani, Samarahan dan Kota Kinabalu
BM111 Diploma Pengajian Perniagaan Shah Alam,Dungun, Sg. Petani dan Kota Kinabalu
BM112 Diploma Pengurusan Bank Shah Alam
BM115 Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) Shah Alam
HM111 Diploma Pengurusan Pelancongan Shah Alam
IS110 Diploma Pengurusan Maklumat Shah Alam
SR113 Diploma Pengajian Sukan Shah Alam
AM228 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Shah Alam dan Samarahan
BM220 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) Shah Alam, Arau, Kota Kinabalu dan Samarahan
BM222 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) Shah Alam dan Samarahan
HM222 Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan Shah Alam
HM225 Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari (Kepujian) Shah Alam
HS220 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) Shah Alam
HS222 Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) Shah Alam
HS223 Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Keselamatan dan Persekitaran (Kepujian) Shah Alam
HS225 Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) Shah Alam
MC222 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) Shah Alam
SR221 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) Shah Alam
IS770 Sarjana Sains Pengurusan Maklumat Shah Alam


CARA MEMOHON

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) di laman web kami iaitu di http://isisweb56.uitm.edu.my/ined dengan melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.

2. Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dihantar berserta:

a. Salinan Surat Beranak,
b. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan
c. Surat Pengesahan Majikan
C. BANK DERAF atau WANG POS sebanyak RM12.00 atas nama BENDAHARI UiTM.

Pos kepada:

Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
Dwelling 2, Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

3. Pemohon lulusan STPM/Diploma yang memohon program Ijazah Sarjana Muda mesti telah menduduki peperiksaan MALAYSIA UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET).

4. Sebarang pertanyaan berhubung Pengambilan e-PJJ sila hubungi 03-5522 5498/ 5358/ 5315/ 5238/ 5314

5. Permohonan ini hendaklah dibaca bersama dengan syarat kelayakan akademik . Sila klik kod atau nama program yang ditawarkan (seperti senarai di atas) untuk melihat syarat kelayakan akademik.

TARIKH AKHIR PENERIMAAN BORANG YANG TELAH LENGKAP ADALAH
27 MAC 2009 (JUMAAT)








*so gang..moh la kte isi.......

Tiba-Tiba?

Tiba-tiba terlintas di hatiku nk bela natang..nk bela pe ek..




ikan?..senang mati n xmcabar....



hamster?..bau nya xtahan....



burung?..takut kena sumpah n maki hamun dek zul,pjan n jiran klu burung wat bising..cam burung kakatua bawah umah aku....burung ape?..lg la aku xmo





kuda?...xde padang plak...




harimau...t ngan aku2 kena ngap..






Last..aku terfikir nk bela SUGAR GLIDER.huhuhuhu...manala nk cari ni natang nih...bau yg kurang...n jinak...n comey....




Sedikit Info psl SG ni...


Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni.

Di dalam
hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo.

Mereka juga merupakan
haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia.

Bayangkan
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.

Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.

Saturday, February 21, 2009

Adakah HP anda Original ?

Cara untuk melihat adakah HP kita ori atau cetak rompak adalah melihat no Imei nya.....


Masukkan Kod *#06#


Selepas tu anda akan dapat satu nombor kod yang ada 15 angka :-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5


- Kalau angka no 7 & 8 adalah 02 atau 20 ini bermakna ia dipasang di Emirates yang tidak berkualiti


- Kalau angka no 7 & 8 adalah 08 atau 80 ini bermakna ia dibuat di Germany yang kualiti OK aje


- Kalau angka no 7 & 8 adalah 01 atau 10 ini bermakna ia dipasang di Finland yang kualitinya baik


- Kalau angka no 7 & 8 adalah 00 ini bermakna ia dipasang di kilang asal yang mempunyai kualiti terbaik


- Kalau angka no 7 & 8 adalah 13 ini bermakna ia dipasang di Azerbaijan yang tidak berkualiti dan bahayakan kesihatan.

p/s.. khas utk nokia.

Berhati hati bila ada yg memberi anda name card

NAME CARDS

Please be careful. Yesterday, I was at the Carrefour carpark after shopping and about to start the car engine. Suddenly, one man appeared holding a name card and asking me to wind down the window to give me the name card. I refused using the sign language but he kept on pestering. I was terrified and quickly started the engine and sped off. Fortunately, I locked the car doors immediately I got in..






Subject: NAME CARDS

Must Read and Please be careful out there !!

A man came over and offered his service as a painter to a female putting gas in her car and left his card. She said no, but accepted his card out of kindness and got in the car. The man then got into a car driven by another gentleman.

As the lady left the servicestation, she saw the men following her out of the station at the same time.
Almost immediately, she started to feel dizzy and could not catch her breath. She tried to open the window and realized that the odor was on her hand; the same hand which accepted the card from the gentleman at the gas station.

She then noticed the men were immediately behind her and she felt she needed to do something at that moment. She drove into the first driveway and began to honk her horn repeatedly to ask for help.The men drove away but the lady still felt pretty bad for several minutes after she could finally catch her breath. Apparently, there was a substance on the card that could have seriously injured her.

This drug is called 'BURUNDANGA' and it is used by people who wish to incapacitate a victim in order to steal from or take advantage of them.

This drug is four times more dangerous than the date rape drug and is transferable on simple cards.

So take heed and make sure you don't accept cards at any given time alone or from someone on the streets. This applies to those making house calls and slipping you a card when they offer their services .


http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=73379

Yahudi Guna 5F Untuk Hancurkan Islam

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.


F PERTAMA - FILEM

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F KEDUA - FAMILI

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F KETIGA - FESYEN

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F KEEMPAT - FUN


Berbagai bentuk hiburan untuk orang-orang muda dan orang-orang lama disediakan. Kesemuanya menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, hingga ke tahap berpelukan dan berciuman di khalayak ramai. Dari segi berpakaian pula, ada 'tema' tertentu, dan wanita akan mendedahkan auratnya sebanyak mungkin. Banyak tempat-tempat hiburan disediakan mengikut cara Yahudi dan menjadi sarang maksiat. Semua ini adalah bertujuan "Just for fun". Dosa-dosa besar dilupakan hanya kerana mahu berseronok. Ramai orang-orang Islam terikut-ikut dan termakan racun ini. (isi bagi F KEEMPAT ditulis oleh IbnuYusof)

F KELIMA - FOOD

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.


http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=72839

Check Your MyCard/IC

Dear Ladies & Gentlemen,

To those of you who would like to check the details on your MyKAD chip, u can do so via your Astro decoder. Just follow the steps below :
1. Switch on your TV & Astro decoder
2. Go to channel 800 (it will take 10 seconds to load)
3. Once the Astro Interactive menu comes on, scroll down and select the 'MyKad' option.
4. Insert your MyKad in the second slot of your Astro decoder.

Tadaa!!!... Your MyKad details will appear on the TV screen.

Just conveniently pull out your card and insert the next one if you wish to check more MyKads. Pay careful attention to your personal details (especially religion) and if you detect an error, quickly head to the nearest registration department and get it rectified.

Please make this known to as many people as possible.

I have checked my family ICs by sloting into the decoder and one of the IC has NO NAME PRINTED inside the chip but physically the name, add, ic no. is printed correctly. This is an important ID pls check it out. It takes less than a min.

Wednesday, February 18, 2009

Celcom Broadband?

2 3 4 5 menjak ni aku amat tension ngan prestasi CELCOM berokban aku ni..slow yang amat la sgt..tekanan aku....naik jemu aku klu nk on9 kat umah... dial up lagi laju..blog kadang2 leh masuk..tp byk xleh masuk la..klu boleh pun gambo xkuar..mmg hangin tul aku..so,skunk tgh survey prestasi MAXIS plak....dgr cite prob gak..tp xpe..xkenal maka xcinta.....klu mmg cam hampeh gak.aku ambik DIGI..ya..makhluk kuning n itik kuning........

Klu sumer slow........ngan WIMAX yg lambat lagi nk masuk penang..Ura2 bulan 3 tahun ni....nampak gaya nya aku ber on9 kat ofis je la..yg berkelajuan 1 Giga..perghhhhhhhh

Tuesday, February 17, 2009

Kawasan Yang Dikatakan Berhantu

Mingguan Warta Perdana


KUALA LUMPUR: Awas,30 lokasi hantu di sekeliling anda! Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa terutama menjelang perayaan.

Menurut pihak polis, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.

Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.

“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

7. Hospital Lady Templer.

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Berhampiran Poliklinik Cheras.

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor

16. Kellies Castle, Perak

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang.

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang

28. Kawasan Kota Lama, Melaka.

Monday, February 16, 2009

Me'modifikasi Ninja?


Bro Kechik yg datang dr K


Moto Kechik


green vs black



ninjarians


kechik yg berusaha memasang footrest kat moto ku

hurmmmmm...

Tiba2 aku rs nk tergelak...





Sunday, February 15, 2009

Daerah baru Perak

Daerah baru Perak (10 daerah semuanya kini) - Daerah Kampar

Assalammualaikum semua...

Mungkin ramai tidak tahu Perak kini telah mempunyai daerah baru iaitu Daerah Kampar. Warta masih belum dikeluarkan tetapi Pegawai Daerah telah dilantik dan sudah mula bertugas.

PEGAWAI DAERAH - TUAN HAJI AHMAD KAMARUZZAMAN BIN HAMZAH


Untuk pengetahuan semua negeri Perak ada 10 daerah semuanya dan 7 daerah kecil (sub-district) iaitu :





1. Daerah Batang Padang - Tapah (main)
- sub-district : Slim River
- kod daerah (01)

2. Daerah Manjung - Sri Manjung (main)
- kod daerah (02)

3. Daerah Kinta - Batu Gajah (main)
- sub-district : Ipoh
- kod daerah (03)

4. Daerah Kerian - Parit Buntar/Kerian (main)
- kod daerah (04)

5. Daerah Kuala Kangsar - Kuala Kangsar (main)
- sub-district : Sungai Siput
- kod daerah (05)

6. Daerah Larut Matang & Selama - Taping (main)
- sub-district : Selama ** selama istimewa kerana ada kod daerah sendiri iaitu 09
- kod daerah (06) untuk Taiping sahaja

7. Daerah Hilir Perak - Teluk Intan (main)
- kod daerah (07)

8. Daerah Hulu Perak - Gerik (main)
- sub-district : Lenggong & Pengkalan Hulu
- kod daerah (08)

9. Daerah Perak Tengah - Sri Iskandar (main)
- sub-district : Kampaung Gajah
- kod daerah (10)

10. Daerah Kampar - Kampar (main)
- kod daerah (belum ada)

Friday, February 13, 2009

Kebosanan di Opis

Apa yg korang lakukan bila bosan di ofis tatkala ketiadaan kerja yg hendak dilakukan...?

ni la yg aku wat di ofis aku.......huhuhuhu












bermain PSP..hehehehehe...

Kisah St. Valentine

Ros Itu Merah, Seri Pagi itu biru, Maaf Hari Valentine Itu Bukanlah Untuk Mu.

Boleh dikatakan dikebanyakan tempat, kalau tidak seantero dunia, slogan “mari kita mulakan musim percitaan” mula berkumandang. Ia adalah musim dimana jambangan ros dan kad ucapan bertukar tangan, dan ucapan cinta dan janji-setia (waluapun selalunya dimungkiri) dilafaskan. 14 Febuari juga dikenali sebagai “Hari Valentine”.

Jadi apa yang memudhoratkan terhadap semuanya itu? Kemukinan orang akan bertanya. Bukankah ia adalah hari untuk kita meningati pasangan kita dan meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara? Hari Valentine bukan hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar untuk didekati.

Kisah St. Valentine.

Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.

Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”.

Hari Valentine - Perayaan Pergaulan Bebas.

Perayaan Hari Valentine kini telah berkembang menjadi suatu perayaan yang jauh terpesong dengan niat Valentine. Sesungguhnya adalah ironi untuk melihat bahawa perayaan tersebut telah bertukar wajah dari apa yang diinginkan oleh pihak gereja suatu masa dahulu, iaitu untuk menjaga institusi perkahwinan, dengan menguna-pakai nama Hari St Valentine. Kini Hari Valentine dan apa yang dikaitkan dengannya adalah jauh berbeza ; iaitu,kembalinya pergaulan bebas dalam masyarakat, jalinan hubungan yang diakhiri dengan perzinaan, kehamilan yang tidak dikehendaki, penguguran janin secara gelab dan segala aktiviti yang membawa kepada keruntuhan maruah dalam masyarakat..

Malangnya, keburukan yang lahir dari perayaan tidak bermoral ini telah menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Tanpa menghiraukan kesan buruk kepada masyarakat, para kapitalis telah menggunakannya sebagai sambutan peluang perniagaan secara besar-besaran. Television dan akhbar akan menyiarkan iklan-iklan promosi program khas, dan acara-acara sambutan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat kapitalis ini. Ia dilakukan semata-mata untuk mencari keuntungan pantas tanpa memikirkan kesan buruk daripadanya terhadap keharmonian dan kerukunan kepada masyarakat akibat dari pergaulan bebas yang dilahirkannya.

Sebenarnya realiti Hari Valentine hanya merupakan sebuah cerminan masalaah yang bukan hanya terhad kepada 14hb Febuari sahaja. Kerana konsep yang sama, yang mendorong manusia untuk melampaui sempadan akhlak pada hari itu, adalah juga konsep yang diamalkan oleh masyarakat barat sepanjang tahun, iaitu; pergaulan dan sex bebas.

Kalimah “kebebasan sex” merupakan titik graviti bagi nilai asas kepada sekularisma yang mana dunia barat membangunkan pandangan hidup di atasnya. Dengan memisahkan agama dari urusan kehidupan, semua nilai dan pengawalan diri tunduk kepada ransangan hawa nafsu individu semata-mata. Dikala membebaskan diri dari kezaliman dan ketundukan kepada para pemimpin gereja Eropah dikurun ke 16 masihi, sekularisma di masa yang sama telah memperhambakan manusia kepada perhambaan yang lebih dahsyat; iaitu, ketundukan terhadap hawa-nafsu.

Di atas nama “kebebasan” (freedom), ratusan ribu nyawa telah melayang melalului peperangan yang secara terancang dicetuskan, sebagaiamana di Afganistan dan Iraq. Natjah dari ‘kebebasan’, manusia di Dunia Barat terdedah kepada peningkatan bahaya dan ketakutan disebabkan oleh rompakan, rogol, dan pembunuhan, yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dibesarkan di dalam masyarakat yang meyakini “kebebasan” untuk memenuhi tuntutan hawa-nafsu merupakan sebuah lesen untuk seseorang memenuhi kemahuan mereka dengan mengorbankan hak-hak orang yang tidak bersalah yang berada didekeliling mereka. Apabila konsep “kebebasan” ini diterapkan kepada hubungan lelaki dan perempuan, maka “pergaulan bebas” ini akan membawa kepada keadaan porak-peranda, kacau-bilau dan kenestapaan di dalam masyarakat.

Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine.

Umat Islam mestilah memiliki kepekaan dalam mengenal-pasti mekanisma yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah kefahaman kita terhadap Islam. Apabila Umat Islam digalakkan untuk melibatkan diri didalam smabutan Hari Valentine mereka diperdayakan untuk meninggalkan nilai-nilai akhlak, standard bertingkah-laku, kehormatan dan maruah yang Islami, yang diperintahkan untuk dipelihara didalam menjalinkan perhubungan lelaki dan wanita.

Adalah amat perlu bagi kaum muslimin untuk menyedari bahawa Islam mengkehendaki mereka menjadikan tempat rujukan mereka sebagai hak ekslusif bagi Hukum Syarak. Ia adalah satu-satunya sumber yang sah bagi perayaan, tradisi atau amalan yang dibenarkan oleh Islam bagi Muslimin untuk mengikutinya. Islam adalah bertentangan secara total dengan konsep sekularisma. Ia juga tidak memberi sebarang ruang kepada konsep batil “kebebasan individu”. Sebaliknya, Islam hadir untuk mengatur urusan manusia didalam setiap aspek secara menyeluruh, membebaskan mereka dari ketundukan terhadap manusia atau hawa-nafsu mereka sendiri, dan memimpin mereka kepada hukum Pencipta mereka yang sempurna.

كان لأهل المدينة في الجاهلية يومان من كل سنة يلعبون فيهما
فلما قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة قال قد كان لكم يومان
تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم النحر


Diriwayatkan bahawa Anas Bin Malik (ra) berkata; “Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, peduduk disana memiliki dua hari perayaaan Jahiliyyah. Dia sawbersabda, “Apabila aku datang kepada kamu, kamu memiliki dua hari perayaan yang kamu sambut ketika masa jahiliyyah. Allah telah mengantikannya denga hari yang lebih baik, iaitu hari raya Fitr dan hari raya Adha.”

Berasaskan ini adalah jelas bahawa Islam telah melarang sambutan terhadap perayaan, samada ianya krismas, tahun baru, deepavali, dan sebagainya. Dari asal-usulnya Hari St Valentine adalah perayaan musyrikin yang menganjurkan pergaulan bebas didalam masyarakat dan ianya terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu, menyambut dan melibatkan diri dengannya adalah diharamkan oleh Islam.

Perhubungan Lelaki dan Wanita di Dalam Islam.

Di Dalam Islam perhubungan lelaki dan wanita telah diatur secara jelas dan interaksi sesama mereka tidak dibangunkan berdasarkan denga merasangan naluri sexual antara satu dengan yang lainnya atau melihat antara satu dengan lainnya didalam bentuk pemuasan hawa-nafsu. Oleh itu aktiviti yang boleh membawa kepada pergaulan bebas dan intim diantara mereka mestilah diberhentikan.

Setiap bentuk keakraban dan kegairahan diantara mereka hanya dihadkan kepada bentuk perhubungan yang benar, iaitu perkahwinan.

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض
للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; “Wahai para pemuda. Sesiapa sahaja dikalangan kamu yang mampu utnutk berkahwin maka berkahwinlah, kerana ia akan membantu kamu untuk menjaga pandanagan dan mengawal kemaluannya. Dan barang siapa tidak berkemampuan untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi pelindung bagi kamu.”

Penerapan Islam memastikan bahawa masyarakat yang dibangunkan bebas dari pergaulan bebas dan akan mempamerkan ketinggian kesedaran akhlak. Syariat Islam mengiktiraf keperluan dan naluri lelaki dan wanita dengan mensyariatkakan pernikahan. Institusi kekluargaan akan dilindungi dan diperkukuhkan dengan pengharaman perbuatan sumbang, perzinaan, pergaulan bebas antara jantina dan mengatur kod pakaian. Dengan hukum-hukum yang ada padanya, Islam akan menghalang dari sebarang kemungkinan kepada masyarakatnya untuk dijangkiti oleh penyakit masyarakat yang diakibatkan oleh pergaulan bebas sebagaimana yang dihidapi oleh masyarakat Barat.

Allah SWT berfirman,

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al Israa’, ayat 32)