Sunday, February 22, 2009

Tiba-Tiba?

Tiba-tiba terlintas di hatiku nk bela natang..nk bela pe ek..




ikan?..senang mati n xmcabar....



hamster?..bau nya xtahan....



burung?..takut kena sumpah n maki hamun dek zul,pjan n jiran klu burung wat bising..cam burung kakatua bawah umah aku....burung ape?..lg la aku xmo





kuda?...xde padang plak...




harimau...t ngan aku2 kena ngap..






Last..aku terfikir nk bela SUGAR GLIDER.huhuhuhu...manala nk cari ni natang nih...bau yg kurang...n jinak...n comey....




Sedikit Info psl SG ni...


Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni.

Di dalam
hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo.

Mereka juga merupakan
haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia.

Bayangkan
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.

Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.

No comments:

Post a Comment