Tuesday, February 17, 2009

Kawasan Yang Dikatakan Berhantu

Mingguan Warta Perdana


KUALA LUMPUR: Awas,30 lokasi hantu di sekeliling anda! Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa terutama menjelang perayaan.

Menurut pihak polis, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.

Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.

“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

7. Hospital Lady Templer.

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Berhampiran Poliklinik Cheras.

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor

16. Kellies Castle, Perak

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang.

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang

28. Kawasan Kota Lama, Melaka.

No comments:

Post a Comment