Tuesday, January 27, 2009

K.O.Y.A

Alkisahnya :





......."You change your mind
Like a girl changes clothes
Yeah you, PMS
Like a bitch
I would know

And you always think
Always speak
Cryptically".....


26/01/2009 Jam 9:24PM...Omnia ku mendendangkan lagu Katy Perry,Hot n Cold.....menandakan ada pesanan ringkas masuk...dipendekkan pengunaan ayatnya SMS masuk la...

Ku buka dan baca msg tersebut..datangnya dari seorang insan yang jauh nun di selatan..tp tak la selatan sgt...msg nya bertulis begini :-

"Sapo? Semua syg gua.tau XXXXX ni suci haha "- (ni msg XXXXX..haha..kasi balas utk golongan2 yg perasa suci ni)

ish2..koya sungguh mamat tu..lalu ku menunju ke bilik marki dan bertanya sama ada dia ada dapat ke tidak msg dari kwn kite tu..rupanya..semua gang kapak suda dapat msg tu..hurmmm.
ish2..koya koya koya...

KENAPA LA BELIAU AMAT KOYA........

Monday, January 26, 2009

Sunday, January 25, 2009

Gong Xi Gong Xi




epy holiday kepada mereka yg berholiday d CHINESE NEW YEAR ni..n kepada yg keje tu...sabar je la..

So,kepada kwn2 yg berbangsa CINA n yang bukan Cina pun... Gong Xi Fa Chai..


Kepada mber2 Cina yg da kawen tu..Jgn segan, hulur2 la sampul merah berisi rm50 kepada insan ini..terima kasih...


Kepada ahli gang kapak yg da kawen tu..klu nk hulur gak pun leh..di alu-alukan...


SELAMAT MENGUMPUL ANGPAU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 24, 2009

Cita-Cita Seorang Anak


huhuhu..buta cita-cita sungguh budak ni,......

Talking Hanya di radio...

Radio Ku

Semasa hendak tidur, seorang isteri berkata kepada suaminya.

Isteri : Abang nak tau tak ?

Suami : Apa dia?

Isteri : Perempuan ni lebih kurang macam radio.

Suami : Radio?.... Macam mana tu?

Isteri : Mulut ni jadi speaker.

Suami : Lagi...

Isteri : Buah dada kiri ni kiri sebagai tuner, buah dada kanan ni pulak
sebagai volume...

Suami : Aaa... ah? Boleh abang cuba on kan radio ni tak?

Isteri : Boleh saja.... kan radio ni abang punye....
Suami : (Terus menyentuh buah dada kanan
isterinya) Tak ada bunyi pun...

Isteri : Nak bunyi macamana... Abang belum cucuk "plug" nya lagi....

Friday, January 23, 2009

Proton MPV Terbaru...7 tempat duduk...wow!!!












1000 Ciuman

1000 Ciuman
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo


Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang..
bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Wednesday, January 21, 2009

ada campur ka????

huhuhuhuhuhuhuhuhu.....kejadian yg berlaku ketika ku ke salon rasmi gang kapak sayap penang....huhuhuhuhh...


amoi : u dok cni ke?
m : a'a
amoi : xpnah nmpk u dtg cni
m : da i datang u xde,c ab n sorg lg tu ja yg slalu ada
amoi : u ada campur?
m : apa campur?
amoi : melayu campur la
m : uishh..i ni melayu,tada campur2
amoi : oooo i igt kan u ni campur itu melayu n pakistan..
m : cilakak!!!!(bisik dlm hati)
amoi : u xmcm melayu lain...u py parents ada campur ka?
m : dua2 melayu maaa
amoi : tp apa psl u PUTIH pd lain?
m : ?????????? putih????
amoi : a'a.itu u py kulit r putih.....
m : i pkai bedak sejuk maaaaaa



PUTIH..aku rs kulit aku da malap n terbakar teramat sgt..dlu lengan ku putih pd marki..tp skunk da nk dekat2 da..xkan marki makin putih..sah2 aku da gelap..tp klu nk lawan lengan aku ngan marki xdpt la..lengan rm120 sebulan tu...huhuu

Wajah Baru












huh..setelah sekian lama...baby ku berjaya juga di makeup kan tuk nmpk lg cantik..huhuhu..

Sunday, January 18, 2009

Karaoke?????

huh....mlm ni Mr Marki n aku menjalankan xtvt yg len dikatakan xtvt utama selain bowling n snap2 gambar ni..huhu...

anak tekak da rasa cam ada bulu beruang ja..syik gatal ja...tu psal kami berkaraoke tuk membuang bulu yg ada di dlm tekak ni..

mcm biasa..kami menyanyikan 10 lagu soerang..so total nya 20 lagu la..huhu
mayb len kali kami akan menambah kepada 15 lagu seorang....


untuk mlm ni..ni adalah senarai lagu yg berjaya dirosakkan mR marki n Mr M



NYANYIAN HIBURAN
SIHAT SEKELUARGA

BILIK 3
START TIME : 00:17 END TIME : 01:57


SONG

  1. sebelum cahaya
  2. menjaga hati
  3. sayang sayang
  4. realiti insani
  5. 8 hari seminggu
  6. ketahuan
  7. gerhana
  8. jatuh cinta lagi
  9. kejora
  10. menghapus jejak
  11. rozana
  12. for whatever
  13. tiada lagi kidungmu
  14. tak bisakah
  15. tiada lagi
  16. separuh nafas
  17. mahakarya cinta
  18. delaila
  19. dari sinar mata
  20. permintaan hati




TOTAL : RM20




hampehhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 17, 2009

wanita rakam gambar UFO

Wanita dakwa rakam gambar UFO




GAMBAR ini dirakamkan oleh seorang wanita yang mendakwanya objek terbang tidak dikenali (UFO).


ABERYSTWYTH - Beberapa gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berjaya dirakamkan oleh seorang wanita, Sonja Lewis mungkin dapat mengubah pendirian mereka yang skeptikal mengenai kewujudan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambar itu menunjukkan dengan jelas sebuah piring terbang sedang berada di ruang angkasa muara Dyfi berdekatan bandar Aberystwyth, Wales pada 28 Disember lalu.

"UFO itu sungguh cantik. Saya tidak pernah melihat objek seperti itu," kata Lewis.

Piring terbang itu berlegar-legar di ruang udara selama 45 minit sebelum hilang daripada pandangan wanita itu.

Ketika ditanya mengenainya, beberapa pakar kaji cuaca menyatakan rakaman itu bukan UFO, sebaliknya sejenis awan yang terbentuk ketika udara bergerak ke kawasan pergunungan.

Bagaimanapun, kenyataan mereka gagal melemahkan kepercayaan 78 peratus rakyat Britain yang percaya terdapat kehidupan lain di alam semesta ini selain manusia.

Dalam satu tinjauan melibatkan 3,000 orang baru-baru ini, lebih 35 peratus responden percaya insiden bilah kincir angin patah di Lincolnshire baru-baru ini adalah kerana dilanggar UFO. - Agensi



awan ker.. .ufo nih!!!

aku rs cam awan je ni..cet.

Wednesday, January 14, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tidak sampai 24 jam pemergian Dell,en Marki dengan tidak membazirkan masa lagi..malah tidak pun berkabung untuk Dell,dia telah mendapat penganti Dell...


Dengan ini saya dengan sukacitanya memperkenalkan buah hati baru en Marki...

Miss Samsung






Semoga miss Samsung dapat bertahan dengan karenah dan ragam en Marki...amin






er er..JGN TGK PORNO YE en Marki

Dukacita Di maklum kan

Adalah ini saya,Mr M dengan dukacita nya ingin memaklumkan bahawa Dell kesayangan En Marki telah meninggalkan alam ini tepat jam 11.00 mlm...Dell telah mberi sumbangan nya kepada Mr Marki sejak dahulu dari....Perginya Dell tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Marki dan perginya bukan pergi dengan tenang,Dell meninggal alam ini dan juga En Marki dengan hentak dan pukul oleh Mr Marki sejak 2 3 hari yang lepas...

Amat memilukan pemergian Dell di iringin dengan gelak tawa Mr Marki kerna agak kecewa akan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk mencari penganti Dell....

Harimau mati meninggalkan Belang
Manusia mati meninggalkan Nama
DELL mati meninggalkan bau hanggus n terbakar yg sungguh menusuk lubang hidung



























ini la Dell En Marki yang selama ini banyak berjasa untuk game,PORNO dan assgn
( Biar Jasa Jadi Kenangan)






Semoga Dell berada di kategori monitor2 yang baik..........

Tuesday, January 13, 2009

Kegatalan terserlah..hehehe

D'Great: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
D'Great: skali je dah ckup
D'Great: takyah nk juuk2
D'Great: nyemak je
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: hoh
pin_baju: netbok rano
pin_baju: bereh dop
D'Great: ok
D'Great: bereh
pin_baju: nk bli jgk ni
D'Great: bli la bli
pin_baju: nk bli dell la
D'Great: cr yg len jgn cr cam aku]
pin_baju: window verna da nk kuar
pin_baju: hehehehe
D'Great: a'ah
D'Great: takpe
pin_baju: hehe
D'Great: vsta pon x stbil lagi
pin_baju: hehe
D'Great: inikan pula verna...mrana la gamoknye
pin_baju: ni bkn vista
pin_baju: bukan platform vista
pin_baju: org pggil window 7
pin_baju: huhuuuhuh
D'Great: ye tau
pin_baju: atom leh masuk katanya
D'Great: ingt aku ni bodoh cam zul?
pin_baju: haha
pin_baju: agak la
D'Great: katanya
pin_baju: hehehe
pin_baju: x upgrade ram ke
pin_baju: bli yg gold ke
D'Great: dah...2 gig
D'Great: itam
pin_baju: bli kat mana
D'Great: dgtal plaza
pin_baju: brape
D'Great: aku byo je hahaha zaki yg setel sume
pin_baju: pe lg yg dapat
D'Great: 1599
D'Great: beg cikai, mouse,earphone cikai
pin_baju: ok la tu
D'Great: bg awek seko
pin_baju: syukur pe yg ada
D'Great: eleh
pin_baju: awek wat pe
D'Great: nak gli2
pin_baju: wat pe gli2
D'Great: ish nate nih
D'Great: bui je la
pin_baju: ok
pin_baju: t aku save n post kat blog k
D'Great: siyallllllllllllll
pin_baju: hehehe
pin_baju: oyehhhhhhh
D'Great: ugutan takkan berhasil
pin_baju: baik
D'Great: peygbaik nye?

Gerhana matahari separa pada 26 Januari

Gerhana matahari separa pada 26 Januari

12/01/2009 9:30pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. — Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.

“Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ’sentuhan pertama’ iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa.” Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem “SOS Planet” di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser “The Legend of the Night Sky”. Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama.

Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my.

— BERNAMA

Monday, January 12, 2009

Boikot produk luar, bantu ekonomi tempatan

Boikot produk luar, bantu ekonomi tempatan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 11 Jan. - Masyarakat di negeri ini perlu mengubah gaya hidup mereka dengan mengutamakan barangan tempatan dan tidak lagi membeli produk import dalam usaha merancakkan ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, R. Perumal berkata, langkah itu penting dalam memastikan ekonomi tempatan tidak terjejas ekoran daripada keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing.

"Ia juga bertepatan dengan isu semasa apabila rakyat memboikot produk import dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman rejim tersebut.

"Jadi, sekarang kita sudah mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menyokong produk tempatan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, beliau juga memuji langkah pelbagai badan kerajaan termasuk bukan kerajaan yang bertindak memboikot produk negara-negara luar lain yang bersekutu dengan Israel dan AS.

"Selain mendermakan wang ringgit, menggunakan produk tempatan juga merupakan satu cara untuk menunjukkan tanda prihatin dan simpati kita kepada rakyat Palestin.

"Malah di Melaka sahaja, kita ada mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan dan tidak perlu lagi kita berkunjung ke restoran makanan segera," katanya.

Selain itu, tambah beliau, kempen membeli produk tempatan yang akan dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 16 Januari ini juga merupakan satu tindakan yang tepat.

"Pengguna tidak perlu terlalu membanggakan kualiti yang diimport kerana barangan tempatan sekarang juga kebanyakannya sudah setanding dengan negara luar dan harganya jauh lebih murah," katanya.

Thursday, January 8, 2009

Keputusan FAM Cetus Kebencian Penyokong Kelantan

Keputusan FAM Cetus Kebencian Penyokong Kelantan PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Merang
THURSDAY, 08 JANUARY 2009 00:45




Baru sahaja meraikan kemenangan sulung bergaya ditempat lawan memalukan UPB/MyTeam dengan keputusan 4-2, episod malang menimpa pasukan Kelantan. Bukan berita menundukkan UPB/MyTeam yang ingin diraikan tetapi keputusan bergaya FAM bakal mencetuskan kebencian penyokong bola sepak Kelantan. Sesudah keputusan ‘dinaikkan pangkat’ beraksi dalam Liga Super dipertikaikan ramai, kali ini giliran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula menafikan hak kita.

Ibarat dijatuhkan hukuman tanpa perbicaraan, sekali lagi pihak FAM membuat keputusan tidak popular. Prosidingnya cukup jelas iaitu :

‘bahawasanya kamu telah didapati bersalah atas kegagalan menyediakan kemudahan padang mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan ‘.

Maka dengan itu setelah meneliti dan berbincang dengan teliti, berasaskan sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dengan ini telah memutuskan bahawa :

• Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.
• Pasukan Kuala Lumpur PLUS FC dengan ini diisytiharkan menang dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata.

Itulah keputusan tidak popular yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) abad ini. Alahaiii FAM!!!! Ingat Piala Kambing ke ni ????!!!!

Kronologi penggulungan hujah FAM ini bermula apabila aksi sulung sepak mula Liga Super 2009 tertangguh kerana hujan lebat minggu lalu akhirnya merungkaikan kepada kejadian alam ciptaan Yang Maha Kuasa mampu disanggah hebat pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Manakan tidak, berlandaskan faktor teknikal ‘kegagalan’ menyediakan kemudahan padang akhirnya dijadikan alasan utama. Sebagai rekod, umum menyedari bahawa minggu lalu jelas gelombang banjir kedua melanda Kelantan.

Hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut di venue Kota Bharu memaksa kita tidak mampu berbuat apa-apa yang patut dari segi penyediaan padang. Yang ada......macam itu sahaja lah padang kita. Nak buat macamana lagi ? Nak buat garisan macam mana kalau dah hujan turun mencurah-curah setiap hari. Nak potong rumput macam mana kalau hujan saban hari daripada pagi sampai ke petang ? Kenalah kita terima hakikat sedemikian.

Menjelang hari perlawanan liga pada hari Sabtu pun, hujan lebat turun tidak henti-henti daripada pagi sampai ke malam. Jadi keputusan untuk ’menangguhkan’ aksi sulung perlawanan Liga Super adalah adil bagi kedua-dua pasukan baik Kelantan mahupun KL Plus FC. Sekali lagi ditegaskan kita gunapakai perkataan ’ditangguhkan’ dan bukannya ’diberi kekalahan percuma’. Bukannya ’diberi kekalahan percuma’ !!!! Mungkin kalau diteruskan pun aksi yang dipertontonkan tidak seperti yang diharapkan bahkan boleh mengundangkan kecelakaan pemain atas padang.

Keputusan menunda perlawanan itu biarpun mengundang rasa marah buat peminat dan penyokong bolasepak Kelantan tetapi akhirnya diterima dengan hati terbuka. Kemenangan percuma ( 3-0 ) diberikan kepada pasukan KL Plus FC bukannya persoalan utama disini.

Diluar mungkin ketika ini sebahagian ramai bertepuk tangan menyaksikan kita ’dihukum’ awal-awal lagi ketika Liga Super baru menerjah ke perlawanan kedua. Kehebatan Kelantan dinafikan sepenuhnya hanya kerana laporan pegawai perlawanan berkenaan yang berfikiran terkebelakangan. Tetapi kita percaya, mana-mana pasukan yang terlibat seperti situasi yang sedang kita alami sekarang tentunya tidak berpuashati andai perkara sedemikian terjadi kepada kepada pasukan tersebut.

Melalui sumber yang boleh dipercayai, difahamkan tidak ada wakil kedua-dua pasukan dijemput ketika pihak FAM membuat keputusan luar dugaan petang semalam. Jadi tidak adil bagi pihak FAM menjatuhkan hukuman berlandaskan laporan pegawai perlawanan tanpa mendengar pandangan pihak pengurusan kedua-dua pasukan.

Marah kami marah bertempat. Marah kami marah bersebab. Takkanlah sampaikan kita nak pergi bakar bangunan FAM kerana keputusan luar dugaan seperti ini. Walaupun kami digelar penyokong fanatik tapi kami masih lagi berfikiran waras tidak melampaui melakukan perkara sedemikian.

Keputusan FAM memberi kemenangan percuma kini sekali lagi mengundang retorik api kemarahan penyokong Kelantan. Jangan salahkan lantai kalau tidak pandai menari. Kini tidak salah rasanya untuk kita memboikot Liga Malaysia andai keputusan sebegini membunuh semangat juang pemain diatas padang, mematikan langkah peminat dan penyokong yang membayar sepuluh ringgit berduyun-duyun memenuhi setiap inci stadium apabila pasukan kita beraksi.

Ayuh peminat dan penyokong fanatik Kelantan Darul Naim, inilah masanya untuk kita buktikan bahawa kuasa kita sebagai peminat dan penyokong bola sepak Kelantan mampu menempelak keputusan FAM. Atas warna merah putih bendera negeri Kelantan Darul Naim , bangkitlah semua rakyat Kelantan, peminat sejati penyokong bola sepak Kelantan menentang keras pemikiran jumud pihak FAM ini.

Fikir-Fikirkanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia, kuasa ditanganmu. Segalanya ditanganmu !!!!

” Sesungguhnya doa orang – orang yang teraniaya Allah s.w.t makbulkan ” Amin Ya Rabba Alamin.




Hadiah untuk yang tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Wednesday, January 7, 2009

Ke'GILA'an melampau

huh..hari ni aku n marki menbuat satu lagi hobi yg semakin hari semakin kronik...xtau apa nk jd skunk..agak drastik n mcabar gak hobby2 kami skunk....adakah desebabkan dengan tekanan tempat kerja dengan persekitaran yg myebabkan kami mencari pelbagai hobby yg leh dikatakan agak tidak sesuai tuk para belia mcm kami ni..

klu sumer nk tau pe hobby terbaru kami..sila2 lah belek2 paper UTUSAN MALAYSIA page 23 kot if xsilap..huhu....adiossssssssssss

Liga Super 2009 update 070109

Selangor meneruskan rentak cemerlang dalam saingan bola sepak Liga Super untuk menyusuli langkah kanan musim 2009 ketika menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu apabila menewaskan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Nasriq Baharom memastikan tiga mata dalam genggaman Gergasi Merah dengan gol pada minit ke-30, 62 dan 85 biarpun mereka tersentak awal dengan jaringan pendahuluan Seladang menerusi Razali Umar Kandasamy (m-28).

Dalam pada itu, juara bertahan Liga Super, Kedah pula terus merana selepas dibelasah Negeri Sembilan 0-3 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Kemenangan menerusi jaringan sumbangan Shukor Adan (m-33), Zaquan Adha Razak (m-39) dan K. Thanaraj (m-59) itu membolehkan Negeri Sembilan mengekori rapat Selangor.

Di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis turut mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menang ke atas Pahang 3-2 hasil hatrik pemain Perlis, Nizaruddin Yusof (m-40, 45, 87) manakala Mohd. Azamuddin Md. Akil (m-9, 24) mengurangkan jurang gol.

Kelantan pula mengejutkan UPB-MyTeam 4-2 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya untuk mencatat kemenangan sulung mereka musim ini selepas perlawanan dengan KL PLUS Sabtu lalu tertangguh akibat hujan.

KL Plus juga menang 2-1 ke atas Terengganu pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Begitu juga dengan Kuala Muda Naza yang menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 di Stadium Darul Aman Alor Star.

Hanya satu keputusan seri dicatat semalam membabitkan perlawanan Johor FC dan Pulau Pinang yang terikat 2-2 di Stadium JCorp Pasir Gudang.

Panas !!! Linda Onn pula kantoi dengan 14 orang lelaki separuh bogel di kolam renang.


Panas !!! Linda Onn pula kantoi dengan 14 orang lelaki separuh bogel di kolam renang.



Ish!! Ish !! Ish !!



Panas !! Panas !! Panas !!













Monday, January 5, 2009

Ada Apa Di Gurney 1

Model


Pakcik


1901


Lampu


Tanglung


food 4 friendship?



aksi mgayat


yay..berjaya mgayat


c marki







Saturday, January 3, 2009

Ada Apa Dengan Doraemon

Menonton wayang bersama Doraemon




Doraemon + Nobita + Shizuka + Sinyu + Giant + Marki?????