Thursday, January 8, 2009

Keputusan FAM Cetus Kebencian Penyokong Kelantan

Keputusan FAM Cetus Kebencian Penyokong Kelantan PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Merang
THURSDAY, 08 JANUARY 2009 00:45




Baru sahaja meraikan kemenangan sulung bergaya ditempat lawan memalukan UPB/MyTeam dengan keputusan 4-2, episod malang menimpa pasukan Kelantan. Bukan berita menundukkan UPB/MyTeam yang ingin diraikan tetapi keputusan bergaya FAM bakal mencetuskan kebencian penyokong bola sepak Kelantan. Sesudah keputusan ‘dinaikkan pangkat’ beraksi dalam Liga Super dipertikaikan ramai, kali ini giliran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula menafikan hak kita.

Ibarat dijatuhkan hukuman tanpa perbicaraan, sekali lagi pihak FAM membuat keputusan tidak popular. Prosidingnya cukup jelas iaitu :

‘bahawasanya kamu telah didapati bersalah atas kegagalan menyediakan kemudahan padang mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan ‘.

Maka dengan itu setelah meneliti dan berbincang dengan teliti, berasaskan sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dengan ini telah memutuskan bahawa :

• Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.
• Pasukan Kuala Lumpur PLUS FC dengan ini diisytiharkan menang dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata.

Itulah keputusan tidak popular yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) abad ini. Alahaiii FAM!!!! Ingat Piala Kambing ke ni ????!!!!

Kronologi penggulungan hujah FAM ini bermula apabila aksi sulung sepak mula Liga Super 2009 tertangguh kerana hujan lebat minggu lalu akhirnya merungkaikan kepada kejadian alam ciptaan Yang Maha Kuasa mampu disanggah hebat pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Manakan tidak, berlandaskan faktor teknikal ‘kegagalan’ menyediakan kemudahan padang akhirnya dijadikan alasan utama. Sebagai rekod, umum menyedari bahawa minggu lalu jelas gelombang banjir kedua melanda Kelantan.

Hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut di venue Kota Bharu memaksa kita tidak mampu berbuat apa-apa yang patut dari segi penyediaan padang. Yang ada......macam itu sahaja lah padang kita. Nak buat macamana lagi ? Nak buat garisan macam mana kalau dah hujan turun mencurah-curah setiap hari. Nak potong rumput macam mana kalau hujan saban hari daripada pagi sampai ke petang ? Kenalah kita terima hakikat sedemikian.

Menjelang hari perlawanan liga pada hari Sabtu pun, hujan lebat turun tidak henti-henti daripada pagi sampai ke malam. Jadi keputusan untuk ’menangguhkan’ aksi sulung perlawanan Liga Super adalah adil bagi kedua-dua pasukan baik Kelantan mahupun KL Plus FC. Sekali lagi ditegaskan kita gunapakai perkataan ’ditangguhkan’ dan bukannya ’diberi kekalahan percuma’. Bukannya ’diberi kekalahan percuma’ !!!! Mungkin kalau diteruskan pun aksi yang dipertontonkan tidak seperti yang diharapkan bahkan boleh mengundangkan kecelakaan pemain atas padang.

Keputusan menunda perlawanan itu biarpun mengundang rasa marah buat peminat dan penyokong bolasepak Kelantan tetapi akhirnya diterima dengan hati terbuka. Kemenangan percuma ( 3-0 ) diberikan kepada pasukan KL Plus FC bukannya persoalan utama disini.

Diluar mungkin ketika ini sebahagian ramai bertepuk tangan menyaksikan kita ’dihukum’ awal-awal lagi ketika Liga Super baru menerjah ke perlawanan kedua. Kehebatan Kelantan dinafikan sepenuhnya hanya kerana laporan pegawai perlawanan berkenaan yang berfikiran terkebelakangan. Tetapi kita percaya, mana-mana pasukan yang terlibat seperti situasi yang sedang kita alami sekarang tentunya tidak berpuashati andai perkara sedemikian terjadi kepada kepada pasukan tersebut.

Melalui sumber yang boleh dipercayai, difahamkan tidak ada wakil kedua-dua pasukan dijemput ketika pihak FAM membuat keputusan luar dugaan petang semalam. Jadi tidak adil bagi pihak FAM menjatuhkan hukuman berlandaskan laporan pegawai perlawanan tanpa mendengar pandangan pihak pengurusan kedua-dua pasukan.

Marah kami marah bertempat. Marah kami marah bersebab. Takkanlah sampaikan kita nak pergi bakar bangunan FAM kerana keputusan luar dugaan seperti ini. Walaupun kami digelar penyokong fanatik tapi kami masih lagi berfikiran waras tidak melampaui melakukan perkara sedemikian.

Keputusan FAM memberi kemenangan percuma kini sekali lagi mengundang retorik api kemarahan penyokong Kelantan. Jangan salahkan lantai kalau tidak pandai menari. Kini tidak salah rasanya untuk kita memboikot Liga Malaysia andai keputusan sebegini membunuh semangat juang pemain diatas padang, mematikan langkah peminat dan penyokong yang membayar sepuluh ringgit berduyun-duyun memenuhi setiap inci stadium apabila pasukan kita beraksi.

Ayuh peminat dan penyokong fanatik Kelantan Darul Naim, inilah masanya untuk kita buktikan bahawa kuasa kita sebagai peminat dan penyokong bola sepak Kelantan mampu menempelak keputusan FAM. Atas warna merah putih bendera negeri Kelantan Darul Naim , bangkitlah semua rakyat Kelantan, peminat sejati penyokong bola sepak Kelantan menentang keras pemikiran jumud pihak FAM ini.

Fikir-Fikirkanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia, kuasa ditanganmu. Segalanya ditanganmu !!!!

” Sesungguhnya doa orang – orang yang teraniaya Allah s.w.t makbulkan ” Amin Ya Rabba Alamin.




No comments:

Post a Comment