Saturday, February 9, 2008

Kedatangan Ulama Besar Dari Yaman.

Assalamualaikum,

Marilah bersama mengambil peluang keemasan ini untuk bersma beliau.



SELAMAT DATANG ULAMA DAN PENDAKAWAH MURABBI

Latarbelakang beliau:

Syukur kita kepada Yang Maha Mengurniakan nikmat dan rahmat kerana
memberi peluang kepada kita dapat bertemu dan mengambil manfaat daripada kunjungan Pendakwah yang gigih ini . Beliau adalah Sayyid al-Haafiz al-Musnid ad-Daie al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. Lebih dikenali dengan nama Habib Umar bin Hafiz.

Merupakan keturunan yang ke-39 dari Baginda Nabi Muhammad saw,
melalui salasilah Saidina Husin bin Ali bin Abi Talib r.a dan Fatimah az-Zahra’ binti Muhammad Rasulillah saw .

Dilahirkan pagi sebelum subuh hari Isnin, 4 Muharram 1383h bersamaan 27 Mei 1963 , di Bandar Tarim, Hadramaut, Republik Yaman.

Guru Mulia ini akan kunjung kembali ke negeri kita, beliau adalah seorang
ahli hadits yang mencapai derajat Al Hafidh, yaitu hafal lebih dari 100.000
(seratus ribu) hadits beserta sanad dan matannya. Juga layak digelar Al Musnid, yaitu orang yang mampu menyebutkan ribuan hadits dari dirinya hingga Rasulullah saw, yaitu yang banyak mengumpulkan sanad hadits, Juga layak digelar al-Mufassir, yaitu Ahli Tafsir Alqur'an yang mengetahui Asbabunnuzul ayat yang didukung hadits-hadits shahih, beserta Asbabul wurudnya.

Selain dari itu, beliau adalah Ahlulkhusyu', malam hari beliau bermunajat
dengan Allah SWT. Pernah seorang tetamu, mengunjung ke rumah beliau
sehingga tengah malam, lalu beliau memohon keizinan untuk shalat malam, namun tetamu itu berkata : "saya menunggu anda", maka Guru Mulia hanya mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tamu berkata : "Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?", beliau berkata : "maafkan saya, saya bermunajat kepada Yang maha Esa, dan jika aku bertamu denganNya maka aku lupa pada semua selain Nya". Demikian malam hari beliau, sebaliknya pada siang hari beliau sentiasa berkhidmat kepada masyarakat .

Mengasaskan Institusi Pengajian Darul Musthafa, Tarim , Hadramaut.
Bagi meneruskan kesinambungan dakwah Islam dan menyebarkan ilmu
yang bermanfaat, beliau berjaya mengasaskan Pusat Pengajian Islam Darul Mustafa, di Bandar Tarim , Hadramaut, pada tahun 1414/1994 , sehingga berjaya mentarbiyah pelapis-pelapis daie dari merata dunia termasuk dari rantau Nusantara ini .

Jadual beliau diMalaysia :

http://www.turboupload.com/download/45UZVyhNLhGU/jadualhabibumar.pdf



<amran3669
WebKL>

No comments:

Post a Comment