Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.
Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
- Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yangdiamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu bolehmembantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutamasekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkandapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambilitu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang,pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan merekauntuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu denganpermainan Jin yang ingin menyesatkan mereka. - Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkandalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri,kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keristersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyanserta dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris iniselalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampitertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keristersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapatmembantu mereka. - Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak samadengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisangyang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancakjuga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong.Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong. - Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripadaupih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakanmestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkalpokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pulamestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik danhendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampitertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jinketurunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi didalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih,beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkanlayar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudiansanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya. - Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikutsyarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yangtelah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertihsebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jinpenjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka.Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yangjuga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada duacara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buatuntuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalamrumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkaktersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan ditepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampiserapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing ataukerbau. - Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahanpemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunyadigunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat ataumeraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagaialat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepadaJin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucumereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yangtertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning ataumerah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnyadihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lainlagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera ataujampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, iaakan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu ataumemberi nasihat atau amaran kepada mereka.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.
No comments:
Post a Comment