Saturday, February 2, 2008

Tanda-Tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER


(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Mangga boleh mengelakkan kanser

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan Malaysia. Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlis dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke oren . Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai. Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, dari segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan. Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis . Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.

Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain. Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser .

Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ('cleft method') supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30 darjah C.

Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan kimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas suratkhabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan ('juvenile phase') dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang ('ripening stages'). Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21 darjah C.

Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah. Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok.

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (DAGING BABI)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.

Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell , L'Oreal , Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond, Licence to kill

6. Bawang Goreng segera
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Kucai - Allium Tuberosum
Amat terkenal dikalangan masyarakat cina diseluruh dunia dan kedatangan orang-orang cina ke Tanah Melayu berkurun dulu telah mempopularkan sayur kucai yang dulunya amat asing bagi masyarakat melayu lama.

Berasal dari negara China dan dipercayai telah ditanam dan digunakan seawal tahun 200SM lagi walaubagaimanapun kucai tumbuh meliar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai kini sudah mula ditanam secara komersial terutama di Jepun,Korea, China, India ,Amerika Syarikat ,Asia Tenggara dan Nepal.

Sayur kucai banyak digunakan di dapur Eropah dan Amerika sebagai bahan campuran dalam masakan oriental seperti telur, salad dan sup.Kucai tersenarai sebagai keluarga Liliaceae,merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara rumpun. Dikenali juga dengan sebutan chive,bawang ganda dan gow choy, kucai termasuk dalam tanaman bebawang.

Tanaman ini bergerombol seperti tanaman padi yang baru tumbuh.Kucai tumbuh secara rumpun dengan daunnya berukuran antara20-40sm, mempunyai bunga yang ukurannya hampir sama panjang dengan daun.Bunganya tumbuh dalam bentuk jambak dimana setiap jambak mempunyai bunga kecil bewarna putih keungguan dan bentuknya pipih, padat dan tidak berlubang.

Selain itu kucai juga mempunyai bebawang, namun tidak begitu jelas kelihatan berbanding bawang putih atau bawang merah.Sayur kucai hidup subur diatas tanah gembur mengandungi humus dengan PH 5.5-6.5 dan memerlukan air yang banyak untuk subur.Senang ditanam dan boleh tumbuh dengan mudah diatas batas dihalaman rumah. Seperti tumbuhan herba yang lain, kucai juga kaya dengan nilai nutrient dan zat pemakanan.93% terdiri dari air, sementara selebihnya terdiri daripada 2.8% kaborhidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak dan 0.9 peratus serat selain itu kucai jug kaya dengan zat karotena dan vitamin C.

Dengan kandungan nilai pemakanan yang tinggi, para saintis masa kini melihat kucai berpotensi merawat masalah tumor dan knser disamping dapat merawat penyakit usus dan gigi. Kandungan karotena dan vitamin C yang tinggi dalam sayur kucai menyebabkan kucai diikhtiraf sebagai sayur anti-tumor dan dibuktikan oleh pakar perubatan terutama di negara China dapat memerangi tumor dalam badan manusia.

Pakar perubatan China menggunakan air rebusan kucai bagi melancarkan peredaran darah dan membersihkan darah dari toksin. Selain itu kucai juga dilihat berupaya memelihara dan menjaga kesihatan buah pinggang dimana kucai berupaya mengawal perimbangan kandungan garam dan air dalam badan dan ini penting bagi buah pinggang sebagai organ perkumuhan terpenting dalam organ kita.

Kucai juga dikatakan mampu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Bagi masyarakat Thai pula, biji kucai digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat sakit gigi.Bagi wanita yang baru melahirkan anak disaran memakan kucai bersama ikan bilis dimana gabungan kedua-dua makanan ini mampu menambahkan pengeluaran air susu.

Selain itu kucai sering digunakan oleh petani sebagai bahan untuk menentang serangga perosak sayuran.Caranya mudah dengan menyeduhkan daun kucai yang kemudiannya didinginkan sebelum disaring.Air saringan ini dikatakan mampu membanteras hama yang biasa menyerang tanaman sayur mentimun.

Walaupun semakin mendapat tempat diseluruh dunia namun disebabkan kucai mempunyai bau dan bau ini meninggalkan kesan pada mulut dan pernafasan kucai masih ketinggalan berbanding dengan daun bawang dan daun saderi yang masih menjadi pilihan utama masyarakat dunia.

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin

HABBATUS SAUDA
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda, merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated) , Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
*monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
*polysaccharide
*fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
*amino acid yang membentuk protein
*karotene iaitu sumber vitamin A
*kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

No comments:

Post a Comment